jokisenja header

jokisenja header

Sunday, November 21, 2010

Zamri dalam landasan tepat



Zamri mencatat 1.21.534 saat untuk memulakan perlumbaan di petak utama dalam saingan kategori CP130 di di Litar Antarabangsa Sepang (Trek Selatan)

KUALA LUMPUR, (D5 Sports) - Pelumba wildcard negara, Mohd. Zamri Baba muncul pelumba terpantas sesi ujian masa perlumbaan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Litar Antarabangsa Sepang (Trek Selatan), semalam.
Zamri mencatat satu minit 21.534 saat mengatasi dua calon juara CP130 musim ini, Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) yang mencatat 1:21.775s selain pelumba muda, Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprinta Yamaha Raceline), 1:21.878s.
Seorang lagi calon juara yang juga pendahului keseluruhan, Ahmad Fazli Sham dari Shell Advance Yamaha Maju Motor, hanya mencatat 1:22.986s di tangga ke-11.
Dalam kelas CP115, Shahril Izzuwan Mohd Noor (Petronas Sprinta Yamaha AHM) mencipta kejutan apabila berjaya mencipta masa terpantas sesi ujian masa mengatasi pelumba Motul Yamaha YY Pang, Zaidy Md Zaifaizal di tempat kedua manakala Md Firdaus Musa (CKJ Motorsports), ketiga.
Md Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang) terus menghambat kedudukan rakan sepasukannya, Mohd Adib Rosley apabila berjaya muncul pelumba terpantas dengan catatan 1:25.470 saat dalam kategori Wira sementara Adib kedua diikuti pelumba Modenas FortyOne Racing, Ahmad Afif Amran, ketiga.
Keputusan Ujian Masa
CP130 Mohd Zamri Baba (Petrona Sprinta Yamaha AHM) 1:21.534s 
Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) 1:21.775s 
Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 1:21.878s
CP115 Shahril Izzuwan Mohd Nor (Petronas Sprinta Yamaha AHM) 1:22.378s 
Zaidy Mohd Zaifaizal (Motul Yamaha YY Pang) 1:22.997s 
Mohd Firdaus Musa (CKJ Motorsports) 1:24.007s
Wira 
Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Yamaha YY Pang) 1:25.470s 
Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 1:25.728s 
Ahmad Afif Amran (Modenas FortyOne Racing) 1:26.454s


No comments:

Post a Comment