jokisenja header

jokisenja header


Thursday, February 17, 2011

SIC lancar kempen derma banjir



Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) kini mengadakan promosi 'Early Birds' Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia sehingga 31 Jan 2011.
SEPANG-Menjelang sesi ujian kedua MotoGP dari 22-24 Februari, pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) melancarkan kempen derma 'RM 2 atau Lebih' bagi membantu mangsa banjir di Johor baru-baru ini.
SIC menjangkakan akan lebih ramai peminat akan turun untuk menyaksikan sesi ujian kedua ini dan tabung-tabung derma akan diletak dihadapan pintu masuk litar.
"Kami mendapat jumlah kehadiran yang menakjubkan pada awal bulan lalu.
"Selain dapat melihat penunggang-penunggang hebat, para peminat juga boleh menunjukkan sikap prihatin ke atas mangsa banjir di Johor," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato' Ahmad Razlan Ahmad Razali.
Di samping itu, Razlan juga menyatakan sesi kali ini akan lebih menarik dengan kehadiran juara dunia Jorge Lorenzo bersama jentera barunya yang dirasmikan di Sepang nanti.
Sesi ujian pra-musim ini merupakan yang kedua selepas penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli mengejutkan para pemerhati dengan catatan masa terpantas 2 minit 0.757 saat awal bulan lalu.

1 comment: