jokisenja header

jokisenja header

Sunday, November 7, 2010

Pesta lumba buat semua


SELEPAS lapan pusingan berlangsung, cabaran siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang merentasi seluruh Semenanjung Malaysia, kini memasuki pusingan kedua terakhir dengan perlumbaan seterusnya diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 20 dan 21 November ini.
Di trek Sepang Selatan, pentas perlumbaan bagi Pusingan 9 pasti menghadirkan pertarungan sengit dengan lakaran trek yang mengutamakan kepantasan jentera berbanding cabaran terdahulu seperti di Kuala Terengganu (Pusingan 5), Teluk Intan (Pusingan 6), Melaka (Pusingan 7) dan Pekan (Pusingan 8) yang kesemuanya menghadirkan saingan di atas litar berteknikal. Tambah menarik, perebutan bagi gelaran kelas Wira, CP115 dan CP130 masih terbuka dan keputusan yang bakal dicapai di Sepang akan menjadi penentu gelaran itu milik siapa. Peminat sukan bermotor bakal disaji pertarungan sengit dan juga persembahan kelas A daripada pelumba yang masing-masing mahu menakluki gelaran utama musim ini. Selain aksi dan keterujaan dipamer pelumba, khemah promosi disediakan sepanjang Kejuaraan Cub Prix berlangsung sesuai untuk semua golongan dan bukan sekadar bagi tumpuan peminat sukan bermotor saja. Di sini, peminat yang hadir, bakal disaji pelbagai aktiviti seperti kuiz, peraduan, permainan untuk kanak-kanak, sesi pandu uji, karaoke dan peluang untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

Pengelola bagi Kejuaraan Cub Prix, Ron Hogg yang juga Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd berkata: “Saya ingin menyarankan bukan sahaja kepada peminat sukan bermotor serta semua individu agar hadir ke Sepang bagi menyaksikan siri kejuaraan ini. Paling menarik di Sepang ialah semua pencabar (pelumba) masih belum pasti nasib menentukan juara dan kedudukan mata antara pelumba juga rapat. Selain aksi perlumbaan, khemah promosi turut menawarkan aktiviti hujung minggu yang hebat buat pengunjung.
“Peminat harus mengunjungi kawasan promosi, ada pelbagai aktiviti dikendalikan Petronas, Honda, Suzuki, Yamaha, Racing Boy, Faito, Uma Racing, MotodotMania, X-Dot, Maxxis, SSS, Excel Racing, Kappa, Samurai, Alla Fonte dan juga Harian Metro untuk kanak-kanak dan dewasa. Pengunjung yang hadir di Litar Sepang pasti tertawan dengan pelbagai barangan cenderahati disediakan di kawasan promosi dengan tawaran harga yang menarik. Tiket hanya berharga RM20 dan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, masuk adalah percuma,” kata Ron. Bagi peminat sukan permotoran yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlumbaan ini, tiket dijual di tempat terpilih iaitu di Maju Motor, Shah Alam (03-55108036), Ah Hong Motor, Kuala Lumpur (03-40417576), YY Pang Racing Motor, Shah Alam (03-51215821), Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Kajang (03-87348787), Raceline Motorcycle, Petaling Jaya (03-77852400, 77859500), SCK Motor, Shah Alam (03-55112594), Shahrol Yuzy Motor, Puchong (03-8318 6062), Liberty Motor, Puchong (03-80702227) dan Artree Motor, Petaling Jaya (012-6719522). Setiap pembelian tiket bakal menerima baucer Petronas bernilai RM10, buku program Cub Prix dan 1,000 penonton terawal pula akan menerima topi kejuaraan daripada pihak penganjur.

No comments:

Post a Comment