jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, December 20, 2011

Hafizh takluk Qatar

Hafizh Syahrin Abdullah

Pelumba-pelumba Malaysia dalam kedua-dua kategori SuperSports 600cc dan Underbone 115cc mempamerkan prestasi mengkagumkan pada perlumbaan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, hari ini.

Dalam kategori SuperSports 600cc, kedua-dua pelumba, Mohd Zamri Baba (PETRONAS Yamaha Malaysia) dan Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) bersaing penuh sengit untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dan ketiga dengan masa keseluruhan 32:01.259s dan 32:01.673s. Sementara itu Azlan Shah Kamaruzaman dari Boon Siew Honda Racing Malaysia di kedudukan kelima dengan masa keseluruhan 32:23.310s.

Pelumba berusia 28 tahun, Zamri gembira dan berterima kasih kepada pasukannya kerana berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan hanya ketinggalan 0.002s di belakang Katsuki Fujiwara 32:01.257s. "Saya tahu seluruh pasukan telah bekerja keras untuk menyediakan pelarasan terbaik terhadap jentera saya dan saya gembira kerana tidak mengecewakan mereka. Ia satu perlumbaan sengit diantara Fujiwara, Hafizh dan saya namun jika tidak kerana sedikit kesilapan pada Selekoh 9, saya berpeluang untuk memenangi perlumbaan," kata Zamri yang memulakan perlumbaan di petak keenam.

Pada perlumbaan 2, Hafizh begitu mencuri tumpuan apabila dia mendominasi perlumbaan sebanyak 15 pusngan sejak dari awal sehingga ke garisan penamat sekaligus meraih kemenangan pertama pada musim ini. Dia menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 32:02.780s manakala Zamri di tempat kedua dengan masa keseluruhan 32:03.929s dan Azlan sekali lagi di tangga kelima (32:25.965s).

Pelumba 17 tahun Hafizh nyata cukup gembira dengan kejayaan pertama dalam kariernya. "Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan gembira dengan keyjayaan yang dicapai pada penghujung musim ini. Saya juga turut berterima kasih kepada seluruh pasukan, penaja dan juga kaum keluarga di atas sokongan yang diberikan selama ini," katanya.

Tambahnya lagi, "Perlumbaan 2 ini bukan perlumbaan yang mudah kerana pada beberapa pusingan awal, Zamri dan Fujiwara memberikan saingan sengit kepada saya namun saya berjaya menghalang mereka. Pada Pusingan 5, saya melihat lapboard menunjukkan saya berada 0.5 saat dihadapan mereka dan selepas itu, saya cuma mengekalkan kedudukan saya sehingga ke garisan penamat."

Selepas tamatnya enam pusingan kejuaraan, Azlan Shah Kamaruzaman berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 162 mata diikuti Zamri dengan 147 mata dan Hafizh keempat dengan 135 mata.

Ahmad Fuad Baharudin dari Bike A.R.T. Kawasaki Rasing di tangga ketujuh dengan 79.5 mata manakala rakan sepasukan Azlan, Mohd Emir Firdaus Hasan di tangga ketujuh dengan 30 mata dan Mohd Zaqhwan Zaidi yang hanya mula beraksi sejak Pusingan 5 (China) berjaya memungut 13 mata (Ke-27).

Hafieenaz Mohd Ali dan Mohd Iskandar Raduan berkongsi kedudukan ke-34 dengan 1 mata untuk menduduki tempat keempat keseluruhan.

Dalam anugerah berpasukan, Manual Tech BEET Kawasaki Racing menduduki tangga teratas dengan catatan 237.5 mata diikuti Boon Siew Honda Racing Malaysia dengan 169 mata, PETRONAS Yamaha Malaysia ketiga dengan 167 mata dan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline keempat, 157.5 mata.



Dalam kategori Underbone 115cc, Mohd Affendii Rosli berjaya menempatkan dirinya di tempat ketiga keseluruhan dengan 107 mata selepas muncul di tempat kedua dalam Perlumbaan 1 dan keempat dalam Perlumbaan 2.

Dalam Perlumbaan 1, Affendi yang mewakili pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing menamatkan saingan tujuh pusingan dengan catatan masa 18:52.449s manakala Ahmad Afif Amran (Yamaha CKJ TJM Racing)  mempamerkan aksi memberansangkan untuk muncul tempat ketiga (18:52.500s) dan rakan sepasukannya dari Indonesia, Rafid Topan Sucipto muncul juara dengan 18:52.389s.

"Walaupun sedikit kecewa terlepas gelaran juara, saya cukup berpuas hati untuk menaiki podium. Ini kerana matlamat saya adalah untuk muncul di kedudukan ketiga keseluruhan dan untuk mencapainya saya rasa agak gembira dan teruja."

Perlumbaan 2, Afif sekali lagi mempamer prestasi terbaik apabila menamatkan perlumbaan di tangga kedua dengan masa keseluruhan 18:43.292s. Rafid meraih kemenangan berganda (18:43.254s) dan Hadi Wijaya ketiga (18:43.435s). 

Afif, 16 tahun sangat gembira kerana berjaya menamatkan kedua-dua perlumbaan di atas podium pada penampilan pertamnya di litar ini. "Saya gembira kerana strategi saya untuk menggunakan kuasa maksimum pada pusingan terakhir berjaya. Jentera berada dalam keadaan yang cukup baik dan saya berterima kasih kepada semua di atas kejayaan yang di capai di sini," kata Afif yang menamatkan saingan musim ini di tangga kelima dengan 92 mata.

Bagi duo Motul Yamaha YY Pang, Zaidy mohd Zaifaizal menamatkan Perlumbaan 1 di tangga keempat dan Perlumbaan 2 di kedudukan kelima manakala Mohd Rozaiman Mohd Said  gagal menamatkan Perlumbaan 1 dan di tempat keenam pada Perlumbaan 2 dengan 89 mata.

Shahril Izzuwan Moh Noor dari PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM di tangga ketujuh keseluruhan dengan 76 mata manakala rakan sepasukannya, Mohd Ramdan Mohd Rosli di kedudukan kelapan dengan 74 mata. Sementara itu, Zulsyafiz rosli berjaya menamatkan Perlumbaan 1 di tangga ke-10 namun tidak beraksi pada Perlumbaan 2.

Rakan sepasukan Affendi, Norizman di kedudukan ke-10 dengan 69 mata manakala Mohd Amirul Ariff Musa dari Pachie Yuzy Honda Racing di kedudukan ke-14 keseluruhan dengan 52 mata.

Dalam senarai Anugerah Berpasukan Keseluruhan, pasukan Yamaha CKJ TJM Racing berada di tangga teratas dan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM ketiga dengan 156 mata diikuti Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing di kedudukan keempat dengan 139 mata.  

Motul Yamaha YY Pang Racing di tangga keenam dengan 89 mata dan Pachie Yuzy Honda Racing di kedudukan ketujuh dengan 72 mata.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) www.arrc.com.my

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) www.arrc.com.my

Sunday, December 11, 2011

SATU LAGI MUSIM CEMERLANG CUB PRIX 2011




Saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 melabuhkan tirainya dengan kemunculan juara-juara baru dan memberi petunjuk kepada saingan yang lebih menarik musim hadapan.

Berlangsung di Penang Esplanade, (Padang Kota Lama), perlumbaan penutup minggu lalu menyaksikan pasukan Honda menamatkan rekod baik Yamaha di dalam Kejuaraan Cub Prix secara langsung membuktikan setiap pelumba, pasukan dan jentera yang bertanding masing-masing mempunyai peluang sama rata untuk bergelar juara.

Hanya memasuki tahun kedua bersama jentera Honda, pasukan Harian Metro TEQ SCK Honda Racing mempamerkan prestasi menakjubkan dengan Norizman Ismail memenangi gelaran individu dan turut membantu untuk merangkul Anugerah Berpasukan Keseluruhan dalam kategori CP130. Menambah kepada prestasi cemerlang mereka, rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli turut menamatkan saingan musim ini dengan menduduki tangga kedua keseluruhan.

Namun, pasukan Yamaha tetap tampil cemerlang dengan pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM menguasai kategori berpasukan CP115 di samping Shahril Izzuwan Mohd Noor yang menguasai kategori individu manakala Zulsyafiz Rosli pula menjuarai kategori Wira.

Tidak ketinggalan pasukan Suzuki mempamerkan peningkatan ketara untuk memenangi tempat keempat keseluruhan dalam kategori Wira sekali gus memberi amaran awal tentang kebangkitan mereka pada musim hadapan.

Selain itu, pusingan grand finale kali ini juga menyaksikan seramai 170 peserta mengambil bahagian dalam kesemua kategori iaitu CP130, CP115, Wira, Piala Yamaha EgoLC PETRONAS, Cabaran Honda Wave junior dan juga kelas Persendirian.

Berpuas hati dengan penghujung musim ini, Pengarah Promosi Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn. Bhd, Ron Hogg berkata, "Musim 2011 ini merupakan satu tahun yang menarik bagi kesemua kontinjen dan juga peminat-peminat Cub Prix. Dalam saingan CP130 sahaja kita menyaksikan tujuh pelumba muncul juara pada sepanjang musim ini dan pastinya saingan musim hadapan akan bertambah sengit dan menarik," katanya.

"Di samping itu, pada tahun ini dua pelumba Malaysia iaitu Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah turut mengambil bahagian dalam Grand Prix Motosikal (MotoGP) sebagai pelumba wildcard. Mereka memperoleh keputusan yang positif dan sebenarnya pencapaian ini seiring dengan objektif kami di Safe Aim Mutual (SAM) untuk melahirkan pelumba-pelumba Cub Prix dan menyediakan landasan bagi mereka beraksi di peringkat dunia."

Ron kemudiannya turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjadikan Kejuaraan ini sepertimana kejayaan yang diperoleh pada hari ini, "Walau bagaimanapun, semua ini tidak akan tercapai tanpa sokongan penaja utama, PETRONAS, penaja korporat, kerajaan negeri, pihak media dan juga semua pelumba dan pasukan bertanding. Keyakinan mereka terhadap Cub Prix yang membawa kami ke tahap ini."

NORIZMAN JUARA CP130 CUB PRIX 2011




Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 berakhir dengan menyaksikan Norizman Ismail dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori CP130 dengan kejayaan menjejakkan kaki di atas podium dalam perlumbaan sengit berlangsung di Penang Esplanade, Pulau Pinang, hari ini.

Walaupun bermula di petak ketujuh, pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu berjaya menempatkan dirinya di atas podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 12 minit 02.099 saat manakala Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) berjaya mempertahankan kemenangannya buat kali ketiga berturut-turut di litar Padang Kota Lama sejak tahun 2009 dengan masa 11:40.831s diikuti Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) di kedudukan kedua dengan 11:55.945s.

Jumlah 16 mata yang dipungut pada perlumbaan terakhir musim ini membolehkan Norizman mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan mengumpul 129 mata menewaskan rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli di tangga kedua dengan 111 mata manakala Muhaimin ketiga dengan 108 mata.

Gembira dengan kejayaan kedua dalam kategori perdana selepas bergelar juara pada tahun 2005, Norizman berkata, "Tidak ada apa yang boleh menggambarkan betapa gembiranya saya hari ini. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan, penaja, mekanik dan juga keluarga serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya," kata pelumba berasal dari Sungai Buloh itu.

Bercakap tentang perlumbaan, "Pada peringkat awal segalanya tidak begitu lancar. Saya gagal mencatatkan masa terbaik pada ketika Superpole dan terpaksa bermula di petak ketujuh. Selepas itu saya hanya meletakkan sasaran untuk mengutip seberapa banyak mata yang termampu dan berada di hadapan Affendi. Namun selepas Mohd Zamri Baba (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) dan Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Racing Malaysia) sedikit terbabas pada selekoh terakhir, saya mengambil peluang tersebut untuk memintas dan seterusnya berjaya menjejaki podium."

Menceritakan tentang perasaannya selepas memenangi gelaran kedua selepas tewas kepada Hafizh musim lepas, Norizman menambah, "Saya begitu berpuas hati kerana berjaya memenangi perlumbaan kategori Cp130/Expert buat kali kedua tambahan pula ini hanya merupakan musim kedua saya bersama Honda. Ini membuktikan bagaimana kami berjaya menunjukkan peningkatan begitu ketara sepanjang dua tahun ini. Saya pasti semua orang di dalam pasukan ini mempunyai perasaan sama kerana kami berjaya menggondol kedua-dua gelaran individu dan berpasukan pada musim ini."

Dalam Anugerah Berpasukan Keseluruhan, Harian Metro TEQ SCK Honda Racing menamatkan saingan musim ini di tangga teratas dengan 232 mata diikuti Yamaha Maju Motor Racing yang mengumpul 182 mata dan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline ketiga, 174 mata.

Dalam kategori CP115, perlumbaan penamat di tempat keempat sudah cukup buat Shahril Izzuwan Mohd Noor merangkul gelaran juara keseluruhan di hadapan penyokongnya sendiri pada musim ini setelah mengumpul 141 mata mengatasi Zaidy Mohd Zaifaizal dari pasukan Motul Yamaha YY Pang di kedudukan kedua dengan mengumpul 120 mata mata. Tempat ketiga keseluruhan menjadi milik Mohd Emir Firdaus Hasan (M-Seki Liberty Honda Racing) dengan 98 mata.

Pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM yang hanya perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di tempat kesembilan untuk bergelar juara keseluruhan bagaimanapun tetap tampil cemerlang pada perlumbaan kali ini dengan memulakan perlumbaan di petak pertama namun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan masa keseluruhan 9:44.843s akibat mengalami sedikit masalah mekanikal terhadap jenteranya.

Perlumbaan dimenangi oleh Ahmad Afif Amran dari pasukan Yamaha CKJ Sukimi dengan masa keseluruhan 9:43.568s. Tempat kedua menjadi milik Mohd Farid Ahmad dari pasukan Global Bike Rock Oil Racing dengan masa keseluruhan 9:43.649s diikuti rakan sepasukan Emir, Sasitharen Sukumaran ketiga, 9:44.424s.

Shahril yang gembira dengan pencapaiannya berkata, "Pada peringkat awal lagi saya memang yakin mampu bergelar juara pada perlumbaan kali ini memandangkan jurang perbezaan mata diantara saya dan Zaidy agak jauh. Selain berpuas hati dengan merangkul gelaran juara keseluruhan, saya juga gembira menamatkan perlumbaan terakhir musim ini dengan menduduki tempat keempat," jelas pelumba kelahiran Pulau Pinang itu.

Menjawab tentang perancangannya pada musim akan datang, Shahril berkata, "Kemungkinan saya akan beraksi dalam kategori CP130 bersama pasukan saya ketika ini. Namun semuanya masih dalam perancangan dan belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya."

Pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM (Shahril/MOhd Hafieenaz Mohd Ali) turut merangkul gelaran Anugerah Berpasukan Keseluruhan dengan mengumpul 229 mata menewaskan pasukan Motul Yamaha YY Pang 2 (Zaidy/Mohd Azhar Abd Jalil) kedua, 201 mata dan Motul Yamaha YY Pang 1 (Mohd Rozaiman Mohd Said/Mohd Adli Salihin) ketiga, 161 mata.

Dalam kategori Wira, Mohd Adib Rosley mengubat kekecewaan gagal mempertahankan gelaran keseluruhan dengan meraih gelaran juara pada perlumbaan terakhir dengan catatan masa keseluruhan 9:43.568s.

Pelumba Motul Yamaha itu menewaskan Fakhrusy Syakirin Rostam dari pasukan AAP Mazoil Faito Racing di tangga kedua dengan masa keseluruhan 8:17.328s diikuti Tengku Amirul Haffiruddin (Pennzoil Malaysia Racing) ketiga, 8:18.015s.

Dengan gelaran juara keseluruhan menjadi milik Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing), Adib menjelaskan, "Saya agak kecewa kerana kurang bernasib baik pada musim ini terutama pada dua perlumbaan sebelum ini ketika di Melaka (Pusingan 8) dan Sepang (Pusingan 9) kerana gagal memungut sebarang mata pada kedua-dua perlumbaan tersebut sehingga menyebabkan saya gagal mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi pada tahun lepas.  Namun begitu, saya berpuas hati dan gembira kerana sasaran saya untuk memenangi perlumbaan terakhir pada musim ini menjadi kenyataan," jelas Adib yang akan beraklih ke kategori CP115 pada musim hadapan.

Dengan 25 mata yang dieprolehi hari ini, Adib kekal di tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 126 mata. Zulsyafiz mendahului kedudukan dengan mengumpul 159 mata diikuti Mohd Hafiza Rofa di kedudukan kedua dengan 129 mata.

Dalam kategori Cabaran Honda Wave Junior, selepas bergelar juara pada perlumbaan Pusingan 9 di Sepang, Mohd Rabilfirli tetap tampil cemerlang apabila menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 9:07.446s. Perlumbaan dimenangi Mohd Amim Abu Osman yang berjaya meraih kemenangan keduanya pada musim ini apabila menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 9:02.377s. Mohd Zulfakri Rosli menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 9:11.094s.

Dalam senarai keseluruhan, Zulfakri menduduki tangga kedua dengan 130 mata diikuti Mohd Arif Abd Rahman ketiga dengan 121 mata.

Saingan kategori Piala Yamaha EgoLC menyaksikan pendahulu sebelum ini, Mohd Shafiq Rasol terpaksa berpuas hati di tempat kedua apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan kali ini di tangga keempat selepas bermula di petak terakhir. Pencabar terdekatnya, Mohd Nasri Mohd Ishak memenagi perlumbaan dengan masa keseluruhan 9:43.709 sekali gus meletakkan dirinya sebagai juara keseluruhan dengan mengumpul 130 mata. Shafiq di kedudukan kedua dengan 127 mata diikuti Mohd Mu/izz Al-Atrash ketiga dengan 99 mata.

Tempat kedua perlumbaan pula dimenangi Mohd Amirul Rasol dengan masa keseluruhan 9:47.673s diikuti Mohd Izrul Huzairie Amran ketiga, 9:56.762s.

Juara kategori Persendirian, Wazir Abdul razak meneruskan penguasaannya apabila meraih kemenangan kesembilan daripada 10 perlumbaan musim ini dengan masa keseluruhan 8:41 .519s diikuti Ang beng Seang di tangga kedua dengan 8:53.557s. Tempat ketiga menjadi milik Mazlan Jusoh dengan masa keseluruhan 8:53.557s.

Kejayaan Ang Beng Seang meletakkan dirinya berada di tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 100 mata manakala MohdFhahmin Abd mutalib yang beralih ke kategori CP115 di tangga kedua dengan 106 mata.

Wednesday, December 7, 2011

Norizman Champions CP130 Cub Prix 2011

Norizman Ismail (tengah) meraikan gelaran juara selepas memenangi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Penang.

PENANG - Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 berakhir dengan menyaksikan Norizman Ismail dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori CP130 dengan kejayaan menjejakkan kaki di atas podium dalam perlumbaan sengit berlangsung di Penang Esplanade, Pulau Pinang, hari ini.


Walaupun bermula di petak ketujuh, pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu berjaya menempatkan dirinya di atas podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 12 minit 02.099 saat manakala Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) berjaya mempertahankan kemenangannya buat kali ketiga berturut-turut di litar Padang Kota Lama sejak tahun 2009 dengan masa 11:40.831s diikuti Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) di kedudukan kedua dengan 11:55.945s.


Jumlah 16 mata yang dipungut pada perlumbaan terakhir musim ini membolehkan Norizman mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan mengumpul 129 mata menewaskan rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli di tangga kedua dengan 111 mata manakala Muhaimin ketiga dengan 108 mata.


Gembira dengan kejayaan kedua dalam kategori perdana selepas bergelar juara pada tahun 2005, Norizman berkata, “Tidak ada apa yang boleh menggambarkan betapa gembiranya saya hari ini. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan, penaja, mekanik dan juga keluarga serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya,” kata pelumba berasal dari Sungai Buloh itu.


Bercakap tentang perlumbaan, “Pada peringkat awal segalanya tidak begitu lancar. Saya gagal mencatatkan masa terbaik pada ketika Superpole dan terpaksa bermula di petak ketujuh. Selepas itu saya hanya meletakkan sasaran untuk mengutip seberapa banyak mata yang termampu dan berada di hadapan Affendi. Namun selepas Mohd Zamri Baba (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) dan Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Racing Malaysia) sedikit terbabas pada selekoh terakhir, saya mengambil peluang tersebut untuk memintas dan seterusnya berjaya menjejaki podium.”


Menceritakan tentang perasaannya selepas memenangi gelaran kedua selepas tewas kepada Hafizh musim lepas, Norizman menambah, “Saya begitu berpuas hati kerana berjaya memenangi perlumbaan kategori CP130/Expert buat kali kedua tambahan pula ini hanya merupakan musim kedua saya bersama Honda. Ini membuktikan bagaimana kami berjaya menunjukkan peningkatan begitu ketara sepanjang dua tahun ini. Saya pasti semua orang di dalam pasukan ini mempunyai perasaan sama kerana kami berjaya menggondol kedua-dua gelaran individu dan berpasukan pada musim ini.”


Dalam Anugerah Berpasukan Keseluruhan, Harian Metro TEQ SCK Honda Racing menamatkan saingan musim ini di tangga teratas dengan 232 mata diikuti Yamaha Maju Motor Racing yang mengumpul 182 mata dan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline ketiga, 174 mata.


Dalam kategori CP115, perlumbaan penamat di tempat keempat sudah cukup buat Shahril Izzuwan Mohd Noor merangkul gelaran juara keseluruhan di hadapan penyokongnya sendiri pada musim ini setelah mengumpul 141 mata mengatasi Zaidy Mohd Zaifaizal dari pasukan Motul Yamaha YY Pang di kedudukan kedua dengan mengumpul 120 mata mata. Tempat ketiga keseluruhan menjadi milik Mohd Emir Firdaus Hasan (M-Seki Liberty Honda Racing) dengan 98 mata.


Pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM yang hanya perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di tempat kesembilan untuk bergelar juara keseluruhan bagaimanapun tetap tampil cemerlang pada perlumbaan kali ini dengan memulakan perlumbaan di petak pertama namun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan masa keseluruhan 9:44.843s akibat mengalami sedikit masalah mekanikal terhadap jenteranya.


Perlumbaan dimenangi oleh Ahmad Afif Amran dari pasukan Yamaha CKJ Sukimi dengan masa keseluruhan 9:43.568s. Tempat kedua menjadi milik Mohd Farid Ahmad dari pasukan Global Bike Rock Oil Racing dengan masa keseluruhan 9:43.649s diikuti rakan sepasukan Emir, Sasitharen Sukumaran ketiga, 9:44.424s.


Shahril yang gembira dengan pencapaiannya berkata, “Pada peringkat awal lagi saya memang yakin mampu bergelar juara pada perlumbaan kali ini memandangkan jurang perbezaan mata diantara saya dan Zaidy agak jauh. Selain berpuas hati dengan merangkul gelaran juara keseluruhan, saya juga gembira menamatkan perlumbaan terakhir musim ini dengan menduduki tempat keempat,” jelas pelumba kelahiran Pulau Pinang itu.


Menjawab tentang perancangannya pada musim akan datang, Shahril berkata, “Kemungkinan saya akan beraksi dalam kategori CP130 bersama pasukan saya ketika ini. Namun semuanya masih dalam perancangan dan belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya.”


Pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM (Shahril/Mohd Hafieenaz Mohd Ali) turut merangkul gelaran Anugerah Berpasukan Keseluruhan dengan mengumpul 229 mata menewaskan pasukan Motul Yamaha YY Pang 2 (Zaidy/Mohd Azhar Abd Jalil) kedua, 201 mata dan Motul Yamaha YY Pang 1 (Mohd Rozaiman Mohd Said/Mohd Adli Salihin) ketiga, 161 mata.


Dalam kategori Wira, Mohd Adib Rosley mengubat kekecewaan gagal mempertahankan gelaran keseluruhan dengan meraih gelaran juara pada perlumbaan terakhir dengan catatan masa keseluruhan 9:43.568s.


Pelumba Motul Yamaha itu menewaskan Fakhrusy Syakirin Rostam dari pasukan AAP Mazoil Faito Racing di tangga kedua dengan masa keseluruhan 8:17.328s diikuti Tengku Amirul Haffiruddin (Pennzoil Malaysia Racing) ketiga, 8:18.015s.


Dengan gelaran juara keseluruhan menjadi milik Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing), Adib menjelaskan, “Saya agak kecewa kerana kurang bernasib baik pada musim ini terutama pada dua perlumbaan sebelum ini ketika di Melaka (Pusingan 8) dan Sepang (Pusingan 9) kerana gagal memungut sebarang mata pada kedua-dua perlumbaan tersebut sehingga menyebabkan saya gagal mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi pada tahun lepas.  Namun begitu, saya berpuas hati dan gembira kerana sasaran saya untuk memenangi perlumbaan terakhir pada musim ini menjadi kenyataan,” jelas Adib yang akan beraklih ke kategori CP115 pada musim hadapan.


Dengan 25 mata yang dieprolehi hari ini, Adib kekal di tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 126 mata. Juara Wira 2011, Zulsyafiz Rosli mendahului kedudukan dengan mengumpul 159 mata diikuti Mohd Hafiza Rofa di kedudukan kedua dengan 129 mata.


Keputusan Perlumbaan
CP130
1)Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) 11:50.831s (2)Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) 11:55.945s (3)Norizman Ismail (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) 12:02.099s (4)Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) 12:03.009 (5)Mohd Zamri Baba (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) 12:03.064s


CP115
1)Ahmad Afif Amran (Yamaha CKJ Sukimi) 9:43.568s (2) Mohd Farid Ahmad (Global Bike Rock Oil Racing) 9:43.649s (3) Sasitharen Sukumaran (M-Seki Liberty Honda Racing) 9:44.424s (4)Shahril Izzuawan Mohd Noor (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM)9:44.848s (5)Mohd Hafieenaz Mohd  Ali (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) 9:50.871s


Wira
1)Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 8:17.073s (2)Fakhrusy Syakirin Rostam ( AAP Mazoil Faito Racing) 8:17.328s (3)Tengku Amirul Haffiruddin (Pennzoil Malaysia Racing) 8:18.015s (4)Mohd Hafiz Nor Azman (Honda Promax X-Dot Racing) 8:22.649s (5)Mohd Shafiq Rasol (Faito YSP Racing) 8:24.017s


Cabaran Honda Wave Junior
1)Mohd Amim Abu Osman 9:02.377s (2)Mohd Robilfirli Azmin 9:07.466s (3)Mohd Zulfakri Rosli 9:11.094s (4)Mohd Arif Abd Rahman 9:11.573s (5)Mohd Firdaus zainol 9:12.058s


Piala Yamaha EgoLC PETRONAS
1)Mohd Nasri Mohd Ishak 9:43.709s (2)Mohd Amirul Rasol 9:47.673s (3)Mohd Izrul Huzairie Amran 9:56.762s (4)Mohd Shafiq Rasol 9:56.914s (5)Mohd Izzat Mohd Abdul Hakim 9:57.428s




Kedudukan Keseluruhan
CP130
1)Norizman Ismail (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) 129 mata (2) Affendi Rosli (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) 111 mata (3)Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) 108 mata (4) Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) 107 mata (5)Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Racing) 90 mata


CP130 Anugerah berpasukan
1)Harian Metro TEQ SCK Honda Racing – 232 mata (2) Yamaha Maju Motor Racing  – 182 mata (3) PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline – 174 mata (4)PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM – 174 mata (5)Pennzoil Racing Team–167 mata


CP115
1) Shahril Izzuwan Mohd Noor (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) 141 mata (2) Zaidy Mohd Zaifaizal (Motul Yamaha YY Pang) 120  mata (3) Mohd Emir Firdaus Hasan (M-Seki Liberty Honda Racing) 98 mata (4)Mohd Rozaliman Zakaria (ZAR Racing Motorsport) 98 mata (4) (5)Mohd Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang Racing) 90 mata 


CP115 Anugerah Berpasukan
1) PETRONAS Syntium Moto AHM Yamaha – 220 mata (2) Motul Yamaha YY Pang 2 – 201 mata (3) Motul Yamaha YY Pang 1 – 161 mata (4) M-Seki Liberty Honda Racing – 139 mata (5) ZAR Racing Motorsport – 107 mata


Wira
1) Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing) 159 mata (2)Mohd Hafiza Rofa (Faito YSP Racing) 129 mata (3) Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 126 mata (4)Mohd Khairul Adli Azhar (Suzuki Fortyone Racing) 98 mata (5)Nurahmad Fariznazreen (Motul Yamaha YY Pang) 88 mata 


Cabaran Honda Wave Junior
1)Mohd Rablifirli Azmin 172 mata (2) Mohd Zulfakri Rosli 130 mata (3) Mohd Arif Abdul Rahman 121 mata (4)Mohd Firdaus Zainol 116 mata (5)Mohd Amim Abu Osman 114 mata


Piala Yamaha EgoLC PETRONAS
1) Mohd Nasri Mohd Ishak 130 mata (2) Mohd Shafiq Rasol 127 mata (3) Mohd Mu’izz Al-Atrash 99 mata (4)Mohd Amirul Rasol 96 mata (5)Mohd Izrul Huzairie Amran 89 mata

NORIZMAN JUARA CP130 CUB PRIX




Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 berakhir dengan menyaksikan Norizman Ismail dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori CP130 dengan kejayaan menjejakkan kaki di atas podium dalam perlumbaan sengit berlangsung di Penang Esplanade, Pulau Pinang, hari ini.

Walaupun bermula di petak ketujuh, pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu berjaya menempatkan dirinya di atas podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 12 minit 02.099 saat manakala Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) berjaya mempertahankan kemenangannya buat kali ketiga berturut-turut di litar Padang Kota Lama sejak tahun 2009 dengan masa 11:40.831s diikuti Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) di kedudukan kedua dengan 11:55.945s.

Jumlah 16 mata yang dipungut pada perlumbaan terakhir musim ini membolehkan Norizman mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan mengumpul 129 mata menewaskan rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli di tangga kedua dengan 111 mata manakala Muhaimin ketiga dengan 108 mata.

Gembira dengan kejayaan kedua dalam kategori perdana selepas bergelar juara pada tahun 2005, Norizman berkata, "Tidak ada apa yang boleh menggambarkan betapa gembiranya saya hari ini. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan, penaja, mekanik dan juga keluarga serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya," kata pelumba berasal dari Sungai Buloh itu.

Bercakap tentang perlumbaan, "Pada peringkat awal segalanya tidak begitu lancar. Saya gagal mencatatkan masa terbaik pada ketika Superpole dan terpaksa bermula di petak ketujuh. Selepas itu saya hanya meletakkan sasaran untuk mengutip seberapa banyak mata yang termampu dan berada di hadapan Affendi. Namun selepas Mohd Zamri Baba (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) dan Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Racing Malaysia) sedikit terbabas pada selekoh terakhir, saya mengambil peluang tersebut untuk memintas dan seterusnya berjaya menjejaki podium."

Menceritakan tentang perasaannya selepas memenangi gelaran kedua selepas tewas kepada Hafizh musim lepas, Norizman menambah, "Saya begitu berpuas hati kerana berjaya memenangi perlumbaan kategori Cp130/Expert buat kali kedua tambahan pula ini hanya merupakan musim kedua saya bersama Honda. Ini membuktikan bagaimana kami berjaya menunjukkan peningkatan begitu ketara sepanjang dua tahun ini. Saya pasti semua orang di dalam pasukan ini mempunyai perasaan sama kerana kami berjaya menggondol kedua-dua gelaran individu dan berpasukan pada musim ini."

Dalam Anugerah Berpasukan Keseluruhan, Harian Metro TEQ SCK Honda Racing menamatkan saingan musim ini di tangga teratas dengan 232 mata diikuti Yamaha Maju Motor Racing yang mengumpul 182 mata dan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline ketiga, 174 mata.

Dalam kategori CP115, perlumbaan penamat di tempat keempat sudah cukup buat Shahril Izzuwan Mohd Noor merangkul gelaran juara keseluruhan di hadapan penyokongnya sendiri pada musim ini setelah mengumpul 141 mata mengatasi Zaidy Mohd Zaifaizal dari pasukan Motul Yamaha YY Pang di kedudukan kedua dengan mengumpul 120 mata mata. Tempat ketiga keseluruhan menjadi milik Mohd Emir Firdaus Hasan (M-Seki Liberty Honda Racing) dengan 98 mata.

Pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM yang hanya perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di tempat kesembilan untuk bergelar juara keseluruhan bagaimanapun tetap tampil cemerlang pada perlumbaan kali ini dengan memulakan perlumbaan di petak pertama namun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan masa keseluruhan 9:44.843s akibat mengalami sedikit masalah mekanikal terhadap jenteranya.

Perlumbaan dimenangi oleh Ahmad Afif Amran dari pasukan Yamaha CKJ Sukimi dengan masa keseluruhan 9:43.568s. Tempat kedua menjadi milik Mohd Farid Ahmad dari pasukan Global Bike Rock Oil Racing dengan masa keseluruhan 9:43.649s diikuti rakan sepasukan Emir, Sasitharen Sukumaran ketiga, 9:44.424s.

Shahril yang gembira dengan pencapaiannya berkata, "Pada peringkat awal lagi saya memang yakin mampu bergelar juara pada perlumbaan kali ini memandangkan jurang perbezaan mata diantara saya dan Zaidy agak jauh. Selain berpuas hati dengan merangkul gelaran juara keseluruhan, saya juga gembira menamatkan perlumbaan terakhir musim ini dengan menduduki tempat keempat," jelas pelumba kelahiran Pulau Pinang itu.

Menjawab tentang perancangannya pada musim akan datang, Shahril berkata, "Kemungkinan saya akan beraksi dalam kategori CP130 bersama pasukan saya ketika ini. Namun semuanya masih dalam perancangan dan belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya."

Pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM (Shahril/MOhd Hafieenaz Mohd Ali) turut merangkul gelaran Anugerah Berpasukan Keseluruhan dengan mengumpul 229 mata menewaskan pasukan Motul Yamaha YY Pang 2 (Zaidy/Mohd Azhar Abd Jalil) kedua, 201 mata dan Motul Yamaha YY Pang 1 (Mohd Rozaiman Mohd Said/Mohd Adli Salihin) ketiga, 161 mata.

Dalam kategori Wira, Mohd Adib Rosley mengubat kekecewaan gagal mempertahankan gelaran keseluruhan dengan meraih gelaran juara pada perlumbaan terakhir dengan catatan masa keseluruhan 9:43.568s.

Pelumba Motul Yamaha itu menewaskan Fakhrusy Syakirin Rostam dari pasukan AAP Mazoil Faito Racing di tangga kedua dengan masa keseluruhan 8:17.328s diikuti Tengku Amirul Haffiruddin (Pennzoil Malaysia Racing) ketiga, 8:18.015s.

Dengan gelaran juara keseluruhan menjadi milik Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing), Adib menjelaskan, "Saya agak kecewa kerana kurang bernasib baik pada musim ini terutama pada dua perlumbaan sebelum ini ketika di Melaka (Pusingan 8) dan Sepang (Pusingan 9) kerana gagal memungut sebarang mata pada kedua-dua perlumbaan tersebut sehingga menyebabkan saya gagal mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi pada tahun lepas.  Namun begitu, saya berpuas hati dan gembira kerana sasaran saya untuk memenangi perlumbaan terakhir pada musim ini menjadi kenyataan," jelas Adib yang akan beraklih ke kategori CP115 pada musim hadapan.

Dengan 25 mata yang dieprolehi hari ini, Adib kekal di tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 126 mata. Zulsyafiz mendahului kedudukan dengan mengumpul 159 mata diikuti Mohd Hafiza Rofa di kedudukan kedua dengan 129 mata.

Dalam kategori Cabaran Honda Wave Junior, selepas bergelar juara pada perlumbaan Pusingan 9 di Sepang, Mohd Rabilfirli tetap tampil cemerlang apabila menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 9:07.446s. Perlumbaan dimenangi Mohd Amim Abu Osman yang berjaya meraih kemenangan keduanya pada musim ini apabila menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 9:02.377s. Mohd Zulfakri Rosli menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 9:11.094s.

Dalam senarai keseluruhan, Zulfakri menduduki tangga kedua dengan 130 mata diikuti Mohd Arif Abd Rahman ketiga dengan 121 mata.

Saingan kategori Piala Yamaha EgoLC menyaksikan pendahulu sebelum ini, Mohd Shafiq Rasol terpaksa berpuas hati di tempat kedua apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan kali ini di tangga keempat selepas bermula di petak terakhir. Pencabar terdekatnya, Mohd Nasri Mohd Ishak memenagi perlumbaan dengan masa keseluruhan 9:43.709 sekali gus meletakkan dirinya sebagai juara keseluruhan dengan mengumpul 130 mata. Shafiq di kedudukan kedua dengan 127 mata diikuti Mohd Mu/izz Al-Atrash ketiga dengan 99 mata.

Tempat kedua perlumbaan pula dimenangi Mohd Amirul Rasol dengan masa keseluruhan 9:47.673s diikuti Mohd Izrul Huzairie Amran ketiga, 9:56.762s.

Juara kategori Persendirian, Wazir Abdul razak meneruskan penguasaannya apabila meraih kemenangan kesembilan daripada 10 perlumbaan musim ini dengan masa keseluruhan 8:41 .519s diikuti Ang beng Seang di tangga kedua dengan 8:53.557s. Tempat ketiga menjadi milik Mazlan Jusoh dengan masa keseluruhan 8:53.557s.

Kejayaan Ang Beng Seang meletakkan dirinya berada di tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 100 mata manakala MohdFhahmin Abd mutalib yang beralih ke kategori CP115 di tangga kedua dengan 106 mata.

Saturday, December 3, 2011

HAFIZH HAMPIRI KEMENANGAN KETIGA




Hafizh Syahrin Abdullah semakin hampir untuk meraih kemenangan ketiga di litar Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan apabila dia menguasai sesi ujian masa Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011, hari ini.

Pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline itu mencatatkan masa terpantas 46.492 saat yang dilakukannya pada pusingan kesembilan mengatasi Abdul Muhaimin Roslan dari pasukan Yamaha Maju Motor Racing, kedua dengan catatan 46.936s diikuti Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) ketiga, 47.202s.

Hafizh, juara perlumbaan kategori Expert/CP130 pada tahun 2009 dan 2010 di litar ini menjelaskan, "Saya berpuas hati dengan catatan yang dilakukan hari ini kerana saya berjaya memperbaiki catatan masa yang dilakukan dalam setiap sesi. Sewaktu sesi latihan bebas pertama saya mencatatkan 46.921s dan kemudian memperbaikinya kepada 46.572s dan sekali lagi melakukan catatan yang lebih pantas sewaktu sesi ujian masa. Keadaan jentera juga begitu baik dan cukup kompetitif. Namun saya akan melakukan sedikit pertukaran terutama di bahagian suspensi depan yang masih belum cukup selesa bagi saya," jelas pelumba 17 tahun itu.

Hafizh yang akan bertindak selaku pelumba terakhir pada sesi Superpole berkata, "Saya sudah cukup bersedia untuk menghadapi perlumbaan akhir dan berusaha untuk mempertahankan kemenangan saya di sini.Saya juga mahu mencatat masa sepusingan terpantas sewaktu perlumbaan memadam catatan lama milik Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Racing). Selain itu, jika menang, saya dapat meningkatkan kedudukan saya dalam senarai keseluruhan di samping dapat membantu untuk melonjakkan kedudukan pasukan dalam senarai keseluruhan berpasukan. Tentang siapa yang mampu menghalang hasrat saya, ia bergantung kepada sesi Superpole esok kerana apa sahaja boleh berlaku nanti," jelas Hafizh.

Dalam kategori CP115, selepas muncul pelumba terpantas pada pusingan lepas di Sepang, Sasitharen Sukumaren sekali lagi muncul pelumba terpantas apabila mengungguli sesi ujian masa dengan melakukan catatan 47.916s.

Catatan pelumba M-Seki Liberty Honda Racing itu 0.052s lebih pantas berbanding catatan yang dilakukan pendahulu keseluruhan, Shahril Izzuwan Mohd Noor dari pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM yang mencatatkan 47,968s diikuti Mohd Farid Ahmad (Global Bike Rock Oil Racing), 48.102s.

Pelumba 20 tahun itu menjelaskan, "Keadaan jentera saya begitu baik seperti ketika di Sepang, cuma di Sepang nasib saya tidak begitu baik apabila terjatuh sewaktu perlumbaan akhir. Saya mahu menebus kesilapan tersebut dengan meraih kedudukan podium di sini. Saya tidak akan melakukan sebarang perubahan terhadap jentera, cuma akan menukar strategi sewaktu perlumbaan nanti bagi memastikan saya berjaya menamatkan perlumbaan di atas podium," jelas Sasitharen yang mencatat keputusan terbaik musim ini ketika muncul naib juara Pusingan 8 di Melaka.

Sementara itu, dalam kategori Wira, Mohd Adib Rosley dari pasukan Motul Yamaha YY Pang muncul pelumba terpantas apabila menjadi pelumba tunggal melakukan catatan di bawah 49 saat dengan catatan 48.896s yang dilakukannya pada pusingan kesembilan.

Catatan kedua terpantas menjadi milik Tengku Amirul Haffiruddin dari pasukan Pennzoil Malaysia Racing dengan catatan 49.124s diikuti Fakhrusy Syakirin Rostam dari pasukan AAP Mazoil Faito Racing ketiga, 49.132s.

Adib yang gagal mempertahankan gelaran juara keseluruhan yang dimenanginya pada tahun lalu setelah Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing) mengesahkan gelaran pada pusingan lepas jelas gembira dengan catatan yang dilakukannya hari ini. "Pasukan saya berjaya mengatasi masalah mekanikal yang saya alami pada dua perlumbaan sebelum ini iaitu ketika di Melaka (Pusingan 8) dan Sepang (Pusingan 9) sehingga menyebabkan saya gagal merebut sebarang mata pada kedua-dua perlumbaan tersebut. Saya cukup berpuas hati dengan catatan hari ini dan yakin masih ada ruang untuk saya memperbaikinya dan melakukan catatan terpantas sekitar 48.5s," jelas Adib yang mahu menjejakkan kaki di atas podium pada perlumbaan terakhirnya dalam kategori Wira pada musim ini.

Dalam saingan Cabaran Honda Wave Junior, Mohd firdaus Zainol muncul pelumba terpantas dengan catatan 52.619s diikuti Hamizan Noordin kedua, 53.407 dan Suhaizarul Suhaizat ketiga, 53.449s.

Dalam saingan Piala Yamaha EgoLC PETRONAS, pendahulu keseluruhan, Mohd Shafiq Rasol muncul pelumba terpantas dengan catatan 57.348s diikuti pesaing terdekatnya, Mohd Nasri Ishak kedua dengan catatan terpantas 57.754s dan Mohd Izrul Huzaime Amran ketiga, 57.915s.

Kelas Persendirian pula menjadi saksi Ang Beng Seang muncul pelumba terpantas dengan catatan masa 51.022s diikuti Mohd Imran Zulkafli dengan 51.025s dan Husni Kahar Khuri 52.171s.

Wednesday, November 30, 2011

Ramdan azam takluk Pulau Pinang

Ramdan azam takluk Pulau Pinang
PENGALAMAN menyertai pusingan terakhir siri Indoprix di Indonesia baru-baru ini menjadi bekalan buat Mohd Ramdan Mohd Rosli, beraksi lebih baik pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Padang Kota Lama, Pulau Pinang hujung minggu ini.

Pelumba berusia 15 tahun itu akan mempraktikkan kemahiran baru dipelajari di Indonesia dan berharap mampu menamatkan perlumbaan di atas podium.

“Matlamat saya pada perlumbaan CP130 di Pulau Pinang ini adalah untuk menaiki podium bagi menebus kegagalan di Sepang.

“Setakat ini saya yakin 80 peratus mampu melakukannya,” katanya.

Selepas sembilan pusi­ngan, Ramdan kini menghuni tangga kelapan dalam senarai keseluruhan CP130 dengan mengumpul 78 mata.

Siri MSS turut perkenalkan kelas Moto3 - SIC

 
Aksi pelumba PETRONAS Yamaha, Azlan Shah Kamaruzaman pada Pusingan Kedua Malaysian Super Series (MSS) di Litar Antarabangsa Sepang.

Kejohanan sukan permotoran terulung negara - Malaysian Super Series (MSS) - akan disusun semula musim depan selaras dengan pengenalan kategori baru Moto3 pada Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan.
Suruhanjaya Grand Prix Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) telah memperkenalkan kelas Moto3 bagi menggantikan kelas 125cc, dengan menggunakan enjin empat lejang berkuasa 250cc.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali berkata selaku penganjur siri MSS, pihaknya juga akan memperkenalkan acara 250cc untuk pelumba tempatan bagi memudahkan mereka menyertai saingan pada MotoGP Dunia.
"Mulai tahun depan, kelas 125cc akan diganti dengan kelas Moto3 dan juga terdapat tiket 'wildcard' dalam acara Moto3 disediakan. Oleh itu MSS merupakan platform terbaik untuk pelumba tempatan memburu tempat ke MotoGP Dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Razlan berkata SIC sedang berbincang dengan Boon Siew Honda dan Kawasaki bagi mewujudkan platform 250cc demi dalam membantu pembangunan sukan permotoran negara. 

EMIR MAHU AKHIRI MUSIM DENGAN KEJAYAAN




Mohd Emir Firdaus Hasan mahu menebus kekecewaan dengan meraih kejayaan pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang 3 dan 4 Disember ini.

Didorong oleh kegagalan melayakkan diri ke perlumbaan akhir (DNQ) ketika di Melaka (Pusingan 8) dan Sepang (Pusingan 9), pelumba M-Seki Liberty Honda Racing itu berazam untuk menamatkan perlumbaan hujung minggu ini di hadapan Mohd Rozaliman Zakaria (ZAR Racing Motorsport) yang mampu menghalang misinya menamatkan musim ini di kedudukan ketiga keseluruhan.

Berada di tangga ketiga kategori CP115 pada masa ini dengan pungutan 95 mata, pelumba kelahiran Terengganu, Rozaliman sekadar satu mata mengatasi Emir yang menduduki tempat keempat dengan 94 mata. Tempat pertama menjadi  milik Shahril Izzuwan Mohd Noor (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) di tangga teratas dengan 128 mata diikuti Zaidy Mohd Zaifaizal (Motul Yamaha YY Pang) kedua dengan 111 mata.

"Peluang merebut tempat kedua masih ada namun memandangkan Zaidy mempunyai kelebihan sebanyak 17 mata, risiko untuk mengejarnya agak tinggi jadi saya mengubah sasaran musim utuk menduduki tempat ketiga. Oleh itu adalah amat penting sekali untuk saya berada di hadapan Rozaliman pada perlumbaan akan datang kerana hanya satu mata yang membezakan kedudukan kami pada masa ini. Tiada ruang lagi  untuk melakukan sebarang kesilapan ini termasuk aspek teknikal ataupun kesilapan pasukan dan saya sendiri," jelas pelumba 22 tahun itu.

Emir turut percaya perubahan daripada litar yang lebar dan luas Sepang kepada litar sempit dan teknikal akan memberikan kelebihan kepadanya untuk menamatkan perlumbaan di atas podium.

Bercerita tentang harapannya pada kemuncak perlumbaan kali ini, Emir menambah, "Saya mempunyai perasaan baik untuk perlumbaan kali ini. Memandangkan kami berlumba di litar yang sempit, saya tidak perlu bimbang mengenai masalah berat badan saya sepertimana di Sepang. Tambahan pula, prestasi jentera Honda saya sama seperti pertengahan musim ketika saya memenangi perlumbaan di Putrajaya (Pusingan 4) dan dua kali di tempat kedua ketika di Alor Setar (Pusingan 6) dan Kluang (Pusingan 7). Mudah-mudahan kelebihan ini dapat membantu saya meraih podium di Pulau Pinang nanti.

Ketika di tanya mengenai strategi untuk perlumbaan terakhir musim ini, "Saya akan berusaha sedaya upaya pada perlumbaan ini untuk mencapai objektif saya. Di samping itu saya akan membuat perancangan bersama rakan sepasukan, Sasitharen Sukumaran. Sasi telah menunjukkan banyak peningkatan sejak kebelakangan ini dan saya mahu dia cuba menghalang pelumba-pelumba lain manakala saya memberi sepenuh perhatian untuk mendapatkan podium dan mengatasi Rozaliman," jelas Emir yang turut beraksi dalam kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS bersama pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia.

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

Sunday, November 27, 2011

Promax X-Dot mahu nikmati perlumbaan akhir

Promax X-Dot mahu nikmati perlawanan akhir

SEDAR peluang untuk melakukan perubahan drastik sudah terlambat menjelang pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, Honda Promax X-Dot Racing, tidak mahu memberi tekanan terhadap pelumba muda kategori Wira Bawah-17.

Pengurus pasukannya, Erwan Ahmad cuma mahukan pelumba, Mohd Solehin Mohd Sukor, Mohd Emir Fareez Hasan dan Mohd Hafiz Nor Azman tenang dan menikmati perlumbaan terakhir buat musim yang bakal berlangsung di Penang Esplanade, 3 dan 4 Disember nanti.

“Gelaran Wira telah menjadi milik Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing) ketika perlumbaan di Sepang (Pusingan 9) dan jurang mata agak besar antara kami terutama bagi lima pelumba teratas dalam carta keseluruhan setakat ini,” katanya.

Percaya penurunan prestasi pemain disebabkan nasib mereka yang tidak begitu baik musim ini, Erwan berkata, ia adalah senario biasa dalam perlumbaan.

“Pasukan dan pelumba telah melakukan persediaan secukupnya, namun nasib tidak menyebelahi. Mudah-mudahan nasib malang kami akan berakhir di Pulau Pinang nanti.

“Mereka telah menunjukkan banyak peningkatan selain bekerja keras sepanjang musim. Selepas ini, kami akan berehat seketika sebelum kembali untuk menghadapi musim depan ,” katanya.

KLINIK MOTOR CUB PRIX PERCUMA KEPADA ORANG RAMAI


Bersempena dengan pusingan Grand Finale Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Padang Kota Lama, minggu depan, Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) mengambil inisiatif menganjurkan Klinik Motor Cub Prix bersama Shahrol Yuzy Ahmad Zaini kepada orang ramai.

Klinik Motor Cub Prix ini akan diadakan secara percuma bertempat di  Dewan Sri Pinang, Lebuh Light pada 3 Disember (Sabtu) bermula jam 5.00 petang hingga 6.30 petang dan ia terbuka kepada peserta berumur 13 tahun dan ke atas.

Objektif utama penganjuran Klinik Motor Cub Prix ini adalah untuk mendidik orang ramai khususnya remaja terhadap sukan bermotor dan langkah-langkah betul yang boleh diambil untuk menyalurkan minat mereka. Cub Prix merupakan landasan terbaik untuk pendatang baru mencungkil bakat dan meneroka potensi yang ada pada mereka sekaligus dapat membantu melahirkan pelumba berbakat untuk sukan pemotoran negara pada masa akan datang.

Klinik Motor Cub Prix ini akan dikendalikan oleh bekas pelumba MotoGP, Shahrol Yuzy yang juga pengurus pasukan Pachie Yuzy Honda Racing. Program selama satu jam setengah ini akan memperkenalkan peserta kepada dunia sukan lumba motor, panduan mendapatkan lesen perlumbaan, keperluan asas dan peralatan perlumbaan, peraturan dan undang-undang, teknik perlumbaan serta sifat profesional yang perlu ada pada seorang pelumba.

Pengarah Promosi SAM, Ron Hogg menggalakkan orang ramai khususnya remaja agar mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sukan lumba motor. "Ia terbuka kepada semua dan dianjurkan secara percuma. Kepada remaja-remaja di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak yang berminat ataupun ibu bapa sendiri dijemput untuk menyertai program ini," kata Ron.

Ron menambah, "Ini merupakan kali pertama kami mengadakan program seperti ini di Pulau Pinang dan peluang ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Sesi ini sangat menarik dan peserta juga turut dapat bersemuka dengan Shahrol Yuzy. Sebarang soalan mengenai perlumbaan boleh diajukan kepadanya dan peserta akan menerima jawapan yang dikehendaki daripada seorang pelumba yang berpengalaman."

Klinik Perlumbaan Cub Prix ini terbuka kepada 400 peserta sahaja. Pendaftaran sudah mula dibuka dan tarikh tutup pendaftaran pada 2 Disember jam 5.00 petang.  Mereka yang berminat boleh menghubungiSafe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) di talian 03-8733 8787 (waktu pejabat) ataupun melalui emel dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon (telefon bimbit digalakkan) ke alamat info@twmr.com.my

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

Wednesday, November 23, 2011

PELUMBA UTARA SEDIA TAWAN PADANG KOTA LAMA

Pelumba-pelumba utara tanah air kini bersedia dan bersemangat untuk mempamer aksi terbaik mereka pada pusingan penutup tirai musim 2011 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal berlangsung di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, 3 dan 4 Disember ini.

Pusingan ke-10 ini dijangka sengit memandangkan tidak ada seorang pun daripada para pelumba ini pernah memenangi perlumbaan di Padang Kota Lama sejak ia mula diperkenalkan ke dalam kalendar Cub Prix pada tahun 2009. Diantara mereka ialah Elly Idzlianizar Ilias (Global Bike Rock Oil Racing), Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham (Pennzoil Racing Malaysia)yang beraksi di dalam kategori CP130, pelumba CP115 Shahril Izzuwan Mohd Noor (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM), Zaidy Mohd Zaifaizal dan Mohd Rozaiman Mohd Said dari Motul Yamaha YY Pang serta Emir Firdaus Hasan (M-Seki Liberty Honda Racing). 

Sementara itu, pelumba utara yang beraksi dalam kategori Wira pula terdiri daripada Mohd Emir Fareez Hasan dan Mohd Solehin Mohd Sukor (Honda Promax X-Dot Racing), Mohd Amin Azahar (MOS Malaysia Racing), Nurahmad Fariznazreen (Motul Yamaha YY Pang Racing) dan Mohd Razmal Mohd Rohizad.

Dua musim lepas pelumba kelahiran Selangor, Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) muncul juara kategori CP130 (Expert) manakala Mohd Farid Ahmad yang mewakili Modenas Yuzy Pachi Racing memenangi CP115 (Novis) pada tahun 2009 dan Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) begelar juara CP115 di sini musim lalu. Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Yamaha YY Pang Racing) pula cemerlang di dalam kategori Wira apabila merampas kemenangan dua tahun berturut-turut.

Pengarah Promosi Promoter Kejuaraan Safe Aim Mutual Sdn bhd (SAM), Ron Hogg berkata, "Sepanjang sembilan pusingan yang telah berlalu kita telah melihat tujuh pemenang berbeza dalam kelas CP130 manakala Shahril dan Zaidy pula saling bertukar kedudukan pendahulu dalam carta keseluruhan CP115.  Selain itu, walaupun Zulsyafiz Rosli  (MOS Malaysia Racing) telah memenangi gelaran Wira musim ini, saya tidak fikir dia akan memandang mudah perlumbaan minggu depan. 

"Berdasarkan ini serta sebuah perlumbaan menarik di Sepang awal November lalu apabila tiga pengeluar berbeza Honda, Yamaha dan Suzuki memenangi tiga kelas utama, saya yakin perlumbaan akhir 2011 ini pasti sengit dan mendebarkan terutamanya dengan kehadiran ramai pelumba utara yang belum pernah mengecapi kejayaan di Padang Kota Lama," katanya.

Tambahan lagi, penyertaan dalam kategori Persendirian turut dijangka meningkat. Setakat ini, seramai 33 pelumba telah pun membuat pendaftaran awal berbanding tarikh akhir 28 November dan lebih ramai lagi yang akan membuat pendaftaran selepas ini. Jumlah penyertaan tertinggi dalam kategori Persendirian ialah seramai 47 pelumba pada Pusingan 2 di Batu Kawan.

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd