jokisenja header

jokisenja header


Monday, November 22, 2010

Norizman muncul juara di Sepang




Pelumba Harian Metro SCK Honda Racing, Norizman Ismail.

SEPANG, (D5 Sports) - Penunggang Harian Metro SCK Honda Racing, Norizman Ismail muncul juara kategori CP130 pada pusingan ke-9 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS yang berlangsung semalam (Ahad) di Litar Antarabangsa Sepang sekaligus berjaya merampas kedudukan keseluruhan di dalam kategori tersebut.
Norizman yang mencatat masa kedua terpantas 1 minit 22.368 saat semasa sesi kelayakan mempamer tunggangan mantap dan kemas untuk menguasai perlumbaan di Sepang yang penuh sengit tersebut.
Pencabar terdekat, Ahmad Fazli Sham sekali lagi gagal mengekalkan momentun yang diperolehnya pada awal musim apabila sekadar menamatkan perlumbaan ditempat ketujuh dan ia memberi laluan buat Norizman untuk memintas di kedudukan teratas carta keseluruhan pelumba.
Tempat kedua berjaya dirangkul oleh pelumba wildcard Moto2 pertama negara iaitu Md Zamri Baba manakala tempat ketiga pula jatuh kepada Hafizh Syahrin Abdullah.
Dengan keputusan ini menyaksikan juara keseluruhan hanya akan ditentukan pada perlumbaan terakhir di Pulau Pinang yang akan berlangsung dari 4-5 Disember ini dan tiga penunggang iaitu Norizman, Ahmad Fazli dan Hafizh masih mempunyai peluang untuk dinobat selaku juara musim 2010 kali ini.
Bagi kategori CP115, Mohd Rozaiman Md Said dari pasukan Motul Yamaha YY Pang muncul juara manakala rakan sepasukan Md Adib Rosley juga berjaya muncul juara bagi kategori Wira.

No comments:

Post a Comment