jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, November 30, 2010

KARNIVAL 'GELANGGANG 801' DI PADANG KOTA LAMA


Saluran sukan 24 jam sehari Malaysia, Astro Arena membawakan anda karnival 'Gelanggang 801' yang akan berlangsung  di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini. Karnival terakhir dalam kalender tahun ini akan berlangsung sempena pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010.

Pengurus Saluran Astro Arena, Venu Ramadass berkata, Karnival 'Gelanggang 801' adalah inisiatif dari Astro Arena untuk mendekatkan diri dengan pelanggan dan peminat-peminat sukan tanah air serta memberi perangsang buat golongan muda untuk  menjadikan sukan sebagai gaya hidup yang sihat.

"Kami menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk peminat-peminat sukan yang hadir dan antara aktiviti yang masih baru dipekenalkan ialah 'Suara Sukan'.
 
"Sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan bagi sesiapa yang berminat, ini adalah peluang buat generasi muda yang meminati dalam bidang penyiaran untuk hadir ujibakat di Pulau Pinang ini bagi mengembangkan lagi bakat mereka selain membina kerjaya bersama Astro Arena.

Peserta yang hadir ke sesi uji bakat ini akan di uji  dengan melihat cara penyesuaian diri mereka dalam persekitaran studio yang  disediakan di samping meneliti teknik peserta mengulas, membaca skrip, penghayatan dan pemahaman skrip.
 
Sebelum dipilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Astro Arena, 20 finalis bertuah akan dipilih dan dipanggil untuk menjalani latihan-latihan yang merangkumi etika kewartawanan seperti teknik berhadapan dengan kamera, penyampaian berita mahupun latihan melaporkan berita dari lokasi secara langsung.
 
Bagi mendapatkan gambaran sebenar cabaran dunia penyiaran dan kewartawanan, mereka akan di beri peluang menimba ilmu bersama hos-hos dan penyampai di Arena seperti, Shaukei Kahar, Akbar Sahari, Edleen Ismail, Rashid Salleh dan Zainal Abidin Rawop.
 
Selain daripada ujibakat ini, pengunjung dan peminat sukan juga boleh merebut peluang memenangi hadiah-hadiah melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan seperti seperti Tempuran Gladiator, Gaya Timbang Bebas, warna warni Pelukis, Cabaran F1, Super Sepak, Demam Bola dan Gelanggang.

No comments:

Post a Comment