jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, November 30, 2010

GELARAN CP130 MILIK SIAPA?

  
Debaran pasti dirasakan oleh tiga pelumba teratas kategori CP130 yang mahu mencipta sejarah memahat nama selaku juara CP130 pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010 yang bakal berlangsung di Padang Kota Lama pada 4 dan 5 November ini. 

Pelumba-pelumba tersebut adalah Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) yang menerajui carta keseluruhan dengan 146 mata diikuti Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) dengan 145 mata. Sementara itu rookie, Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) menduduki tangga ketiga dengan 144 mata.
 
Berbanding perlumbaan final 2009, saingan Pusingan 10 musim ini jauh lebih menarik memandangkan ketiga-tiga pelumba tersebut dipisahkan hanya dengan dua mata. Tahun lalu pula, juara Expert, Ahmad Fuad Baharudin (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing) mara ke pusingan final di litar yang sama dengan kelebihan 14 mata.

Dengan itu, Norizman, Fazli dan Hafizh perlu memenangi perlumbaan hujung minggu ini jika mahu dinobatkan Juara CP130 2010.
 
Dengan misi berbeza, Norizman mahu menamatkan dominasi Yamaha dalam siri Kejuaraan Cub Prix ini dan muncul sebagai pelumba pertama memenangi mahkota kelas perdana di atas jentera Honda. Sebelum ini, pelumba berusia 25 tahun itu sudahpun memahat namanya dalam sejarah Cub Prix apabila muncul pelumba termuda yang pernah memenangi gelaran Expert pada tahun 2005 ketika dia berusia 20 tahun.
 
Sementara itu, Fazli menyimpan hasrat untuk melebarkan kemenangan ketiganya selepas muncul juara pada tahun 2007 dan 2008. Seandainya, dia memenangi perlumbaan di Pulau Pinang hujung minggu ini, Fazli semakin menghampiri rekod pelumba lagenda, M.Meganathan yang pernah memenangi Kejuaraan ini sebanyak empat kali pada tahun 1994, 1995, 1999 dan 2000.
 
Hafizh yang baru berusia 16 tahun pula berharap mampu memecah rekod yang dicatatkan oleh Norizman selaku juara termuda dan muncul pelumba Novis pertama memenangi kelas perdana ini.

Selain itu, Mohd Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing) yang menduduki tempat keempat di dalam carta keseluruhan CP130  juga berpeluang untuk bergelar juara di Pulau Pinang nanti. Walau bagaimanapun, peluangnya tidak secerah tiga pelumba terbaik kelas ini memandangkan pada waktu ini dia kurang 19 mata (127 points) dari pendahulu keseluruhan, Norizman.
 

KARNIVAL 'GELANGGANG 801' DI PADANG KOTA LAMA


Saluran sukan 24 jam sehari Malaysia, Astro Arena membawakan anda karnival 'Gelanggang 801' yang akan berlangsung  di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini. Karnival terakhir dalam kalender tahun ini akan berlangsung sempena pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010.

Pengurus Saluran Astro Arena, Venu Ramadass berkata, Karnival 'Gelanggang 801' adalah inisiatif dari Astro Arena untuk mendekatkan diri dengan pelanggan dan peminat-peminat sukan tanah air serta memberi perangsang buat golongan muda untuk  menjadikan sukan sebagai gaya hidup yang sihat.

"Kami menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk peminat-peminat sukan yang hadir dan antara aktiviti yang masih baru dipekenalkan ialah 'Suara Sukan'.
 
"Sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan bagi sesiapa yang berminat, ini adalah peluang buat generasi muda yang meminati dalam bidang penyiaran untuk hadir ujibakat di Pulau Pinang ini bagi mengembangkan lagi bakat mereka selain membina kerjaya bersama Astro Arena.

Peserta yang hadir ke sesi uji bakat ini akan di uji  dengan melihat cara penyesuaian diri mereka dalam persekitaran studio yang  disediakan di samping meneliti teknik peserta mengulas, membaca skrip, penghayatan dan pemahaman skrip.
 
Sebelum dipilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Astro Arena, 20 finalis bertuah akan dipilih dan dipanggil untuk menjalani latihan-latihan yang merangkumi etika kewartawanan seperti teknik berhadapan dengan kamera, penyampaian berita mahupun latihan melaporkan berita dari lokasi secara langsung.
 
Bagi mendapatkan gambaran sebenar cabaran dunia penyiaran dan kewartawanan, mereka akan di beri peluang menimba ilmu bersama hos-hos dan penyampai di Arena seperti, Shaukei Kahar, Akbar Sahari, Edleen Ismail, Rashid Salleh dan Zainal Abidin Rawop.
 
Selain daripada ujibakat ini, pengunjung dan peminat sukan juga boleh merebut peluang memenangi hadiah-hadiah melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan seperti seperti Tempuran Gladiator, Gaya Timbang Bebas, warna warni Pelukis, Cabaran F1, Super Sepak, Demam Bola dan Gelanggang.

FAZLI TERDESAK CARI KEMENANGAN


 
Nekad untuk bergelar Juara CP130, Ahmad Fazli Sham terdesak mencari kemenangan pada Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal berlangsung di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
 
Dengan hanya meraih kemenangan, barulah Fazli boleh bergelar juara bagi musim 2010. Ini kerana saingan bagi merebut mahkota CP130 begitu sengit sekali dengan hanya 2 mata yang membezakan di antara tiga calon.
 
Mereka adalah pendahulu keseluruhan, Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) yang mengetuai carta dengan 146 mata, diikuti Fazli dari pasukan Shell Advance Yamaha Maju di tempat kedua dengan 145 mata dan Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) di tempat ketiga dengan 144 mata.
 
Kemenangan terakhir buat Fazli adalah pada Pusingan 5 di Kuala Terengganu dan selepas itu, keputusannya mendadak tanpa sebarang podium pada separuh musim kedua ekoran masalah jentera. Dengan itu, Juara Expert dua kali berturut-turut itu (2007 dan 2008) itu, berharap dapat mencapai keputusan cemerlang di Kuala Terengganu sekali lagi.
 
Fazli, 27 tahun menjelaskan, "Isu teknikal pada jentera telah mempengaruhi keputusan saya yang kurang memberangsangkan itu sekaligus memberi impak pada kedudukan saya di dalam carta keseluruhan CP130. Akibatnya, kini Norizman dan Hafizh  berjaya merapatkan jurang mata dan kini kami dipisahkan hanya dengan dua mata."
 
Fazli yang berjaya memenangi dua perlumbaan dan muncul di podium kedua sebanyak dua kali pada separuh musim pertama turut mengemukakan perasaan tidak puas hati terhadap prestasinya itu, "Memang tidak dapat saya dinafikan lagi bahawa saya amat kecewa kerana tidak berupaya mengutip lebih banyak mata untuk mengekalkan kedudukan keseluruhan ekoran masalah jentera. Kini, Norizman dan Hafizh sama-sama mempunyai peluang untuk bergelar juara dan ketiga-tiga kami mempunyai sasaran yang sama iaitu untuk memenangi perlumbaan di Pulau Pinang."
 
Pelumba kelahiran Taiping itu turut memberikan komen mengenai kebarangkalian untuk memenangi perlumbaan di Pulau Pinang hujung minggu ini, "Saya mempunyai 50-50 peluang untuk muncul Juara dan ia hanya boleh dicapai jikalau saya mempunyai jentera yang kompetitif dan pantas kerana litar Padang Kota Lama ini menitik-beratkan aspek kelajuan. Selain itu, saya perlu membentuk strategi berpasukan bersama Elly Idzlianizar Ilias dan Abdul Muhaimin Roslan supaya mereka boleh membantu saya menghalang pesaing di Pulau Pinang nanti."
 
"Tambahan lagi, saya tidak boleh memandang rendah pada Norizman dan Hafizh yang telah menunjukkan banyak peningkatan. Selebihnya bergantung pada nasib dan saya berharap semua akan berjalan lancar di sana," ujar Fazli yang muncul tempat kedua di litar padang Kota Lama pada perlumbaan final kategori Expert tahun lalu.
 

Fazli terdesak

NEKAD untuk bergelar Juara CP130, Ahmad Fazli Sham terdesak mencari kemenangan pada Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, hujung minggu ini.
Hanya dengan kemenangan Fazli boleh bergelar juara musim 2010. Ini kerana saingan bagi merebut mahkota CP130 begitu sengit dengan hanya dua mata membezakan antara tiga calon.

Mereka adalah pendahulu keseluruhan, Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) yang mengetuai carta dengan 146 mata, diikuti Fazli dari pasukan Shell Advance Yamaha Maju di tempat kedua dengan 145 mata dan Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) di tempat ketiga dengan 144 mata.
Kemenangan terakhir Fazli dikecapi di Pusingan 5 di Kuala Terengganu dan selepas itu, keputusannya mendadak mendadak merudum tanpa sebarang podium pada separuh kedua musim ekoran masalah jentera. Juara Expert dua kali berturut-turut itu (2007 dan 2008), berharap mencapai keputusan cemerlang di Pulau Pinang sekali lagi.

Fazli, 27, mengaku masalah teknikal jentera mempengaruhi pencapaiannya yang kurang memberangsangkan.

“Masalah itu memberi kesan terhadap kedudukan carta keseluruhan CP130 sekali gus membuka ruang buat Norizman dan Hafizh merapatkan jurang mata,” katanya.

Fazli yang berjaya memenangi dua perlumbaan dan naib juara dua kali pada separuh pertama musim turut tidak puas hati prestasinya itu.

“Saya kecewa kerana tidak berupaya mengutip lebih banyak mata untuk mendahului kedudukan dengan selesa. Kini, Norizman dan Hafizh turut berpeluang bergelar juara dan kami bertiga mempunyai sasaran sama iaitu memenangi perlumbaan di Pulau Pinang.” Namun, pelumba kelahiran Taiping itu yakin peluangnya masih terbuka untuk muncul juara di Pulau Pinang hujung minggu ini.
“Saya mempunyai peluang 50-50 untuk muncul juara tapi memerlukan jentera yang kompetitif dan pantas kerana litar Padang Kota Lama ini menitik beratkan aspek kelajuan. “Selain itu, saya perlu membentuk strategi berpasukan bersama Elly Idzlianizar Ilias dan Abdul Muhaimin Roslan supaya mereka boleh membantu menghalang pesaing.

“Saya bagaimanapun tidak boleh memandang rendah Norizman dan Hafizh yang mempamerkan peningkatan. Selebihnya bergantung pada nasib dan saya harap semua berjalan lancar,” ujar Fazli yang muncul naib juara di litar padang Kota Lama pada perlumbaan final kategori Expert tahun lalu.

Fazli terdesak buru kemenangan


AHMAD Fazli sham ketika beraksi pada kejuaraan cub prix aam malaysia petronas di litar sepang, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - Nekad untuk bergelar Juara CP130, Ahmad Fazli Sham terdesak mencari kemenangan pada Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Padang Kota Lama, Pulau Pinang hujung minggu ini.
Dengan hanya meraih kemenangan, barulah Fazli boleh bergelar juara bagi musim 2010.
Ini kerana saingan bagi merebut mahkota CP130 begitu sengit, apabila hanya dua mata yang membezakan di antara tiga calon juara.
Mereka adalah pendahulu keseluruhan, Norizman Ismail (SCK Honda Racing) yang mengetuai carta dengan 146 mata, diikuti Fazli dari pasukan Shell Advance Yamaha Maju di tempat kedua dengan 145 mata dan Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) di tempat ketiga dengan 144 mata.
Kemenangan terakhir buat Fazli adalah pada Pusingan 5 di Kuala Terengganu dan selepas itu, dia gagal untuk menaiki podium pada separuh musim kedua ekoran masalah jentera.
Justeru, juara Expert dua kali berturut-turut itu (2007 dan 2008) berharap dapat mencapai keputusan cemerlang sekali lagi.
Fazli, 27 tahun menjelaskan: "Masalah teknikal pada jentera telah mempengaruhi keputusan saya yang kurang memberangsangkan, sekali gus memberi impak pada kedudukan saya di dalam carta keseluruhan CP130. "Akibatnya, kini Norizman dan Hafizh berjaya merapatkan jurang mata dan kini kami dipisahkan hanya dengan dua mata."
Fazli, yang memenangi dua perlumbaan dan muncul di podium sebanyak dua kali pada separuh musim pertama turut mengemukakan perasaan tidak puas hati terhadap prestasinya itu.
"Memang tidak dapat saya nafikan bahawa saya amat kecewa kerana tidak berupaya mengutip lebih banyak mata untuk mengekalkan kedudukan keseluruhan ekoran masalah jentera.
"Kini, Norizman dan Hafizh sama-sama mempunyai peluang untuk bergelar juara dan ketiga-tiga kami mempunyai sasaran yang sama iaitu untuk memenangi perlumbaan di Pulau Pinang."
Pelumba kelahiran Taiping itu memberitahu, sukar untuk mengulas mengenai peluangnya memenangi perlumbaan di Pulau Pinang hujung minggu ini.
"Peluang saya untuk muncul juara adalah 50-50 dan ia hanya boleh dicapai jika saya mempunyai jentera yang kompetitif dan pantas kerana litar Padang Kota Lama ini menitik-beratkan aspek kelajuan.
"Selain itu, saya perlu membentuk strategi berpasukan bersama Elly Idzlianizar Ilias dan Abdul Muhaimin Roslan supaya mereka boleh membantu saya menghalang pesaing di Pulau Pinang nanti."
"Tambahan lagi, saya tidak boleh memandang rendah pada Norizman dan Hafizh yang telah menunjukkan banyak peningkatan.
"Selebihnya bergantung pada nasib dan saya berharap semua akan berjalan lancar di sana," ujar Fazli yang muncul tempat kedua di litar padang Kota Lama pada perlumbaan final kategori Expert tahun lalu.

Program wildcard MotoGP bermula awal

KUALA LUMPUR -- Tidak seperti dua edisi yang lepas, Program Wildcard GP 2011 bakal bermula awal dengan tiga pelumba telah dipilih melalui tiket wildcard untuk menyertai kejohanan MotoGP pada Oktober, tahun depan.

Antara nama yang terpilih itu ialah, Muhammad Farid Badrul Hisham, Hafizh Syahrin Abdullah dan Muhammad Syafiq Omar dan mereka akan beraksi untuk kelas 125cc yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober tahun depan.
Ketua Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, tiga pelumba itu akan menjalani latihan persediaan tiga bulan sebelum berlangsungnya MotoGP di Sepang.
''Latihan akan dijalankan secara berterusan untuk memastikan kecergasan mereka berada pada tahap yang memuaskan.
''Kami juga mahu tiga pelumba ini mampu untuk mengekalkan catatan masa terpantas yang pernah diperolehinya sebelum ini,'' kata Razlan.
Tiga pelumba muda itu dipilih melalui kejohanan Supersports Junior 600cc yang diadakan pada tahun ini, malah mereka mempamer aksi cemerlang ketika perlumbaan berlangsung.
Pada perlumbaan tersebut, pelumba muda dari Thailand, Apiwat Wongthananon dan Rathapong Wilairot berjaya memperoleh tempat pertama dan kedua, manakala Farid, Hafizh Syahrin dan Shafiq berada dalam kelompok lima pelumba terbaik.
Sementara itu, Farid meletakkan harapan tinggi untuk melakukan yang terbaik pada perlumbaan tahun depan setelah terpilih beraksi melalui tiket wildcard.
''Ini adalah misi peribadi saya untuk memastikan saya mampu untuk cemerlang pada perlumbaan itu dan saya tidak akan sia-siakan peluang yang telah diperolehi ini.
''Saya gembira kerana mendapat sokongan yang kuat daripada keluarga dan saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar.
''Untuk itu saya akan pastikan segala persedian yang dilakukan dapat memberi impak positif kepada saya,'' kata Farid.

Monday, November 29, 2010

PASUKAN TEMPATAN HARAP YANG TERBAIK DI PULAU PINANG

Berikutan sebuah musim padat dengan cabaran, Idemitsu Honda Racing hanya boleh berharap usaha keras mereka akan membuahkan hasil pada Pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.

Pengurus Pasukan, Rodney Peh menganggap perlumbaan yang bakal berlangsung di sekitar kawasan Padang Kota Lama itu tidak menjanjikan apa-apa kelebihan buat pasukannya walaupun itu merupakan gelanggang sendiri.

Sebaliknya, Rodney berharap sokongan moral dari penyokong tempatan, ahli keluarga serta rakan-rakan akan menyuntik semangat bersaing di kalangan ahli pasukannya sekaligus membolehkan mereka memberikan persembahan terbaik sebelum musim ini melabuhkan tirainya.

Selepas Pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang minggu lalu, Muhd Emir Firdaus Hasan dan Ahmad Fazrul Sham yang berentap di dalam kelas CP130 berdiri di tangga ke-10 dengan 47 mata manakala Fazrul Sham berdiri di tangga ke- 13 dengan 25 points.

Sementara itu, di dalam kategori CP115, Nor Hisham Amran dan Mohd Habibullah Mohd Salleh berada  di tempat ke-27 dan ke-29 masing-masing.

Rodney memberikan komen, "Pada pendapat saya, kami  tidak mempunyai apa-apa kelebihan beraksi di Pinang walaupun ini adalah gelanggang sendiri kerana pencabar telah membuktikan mereka lebih pantas dari aspek jentera. Tambahan pula, saya rasakan tiada siapa mempunyai pengalaman lebih beraksi di Litar Padang Kota Lama kerana ini baru merupakan kali kedua ia digunakan," ujar Rodney.

Rodney turut menambah mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi pasukannya, "Pada waktu ini, keberkesanan jentera menjadi isu utama. Pelarasan yang kami gunakan tidak cukup mantap bagi menampung berat badan pelumba dan hasilnya, kami kurang kompetitif pada perlumbaan. Walau bagaimanapun, saya pasti saingan akan datang lebih baik kerana mekanik pasukan telah menemui pelarasan yang lebih baik."

Dengan itu,  Rodney berharap pelumba-pelumbanya akan dapat mengekalkan rentak dengan kelompok hadapan, "Bedasarkan carta keseluruhan ini, memang jelas mustahil untuk kami menghabiskan saingan di atas podium memandangkan pencabar kami lebih konsisten dan pantas. Tetapi, saya yakin mereka (Emir, Fazrul, Hisham dan Habibullah) boleh menghabiskan perlumbaan di kalangan kelompok hadapan dengan pelarasan baru serta sorakan penyokong."

Selain Idemitsu Honda racing, pasukan lain dari Pulau Pinang termasuklah Boon Siew Honda HMC, Aap HMC Racing. Ini merupakan musim pertama mereka beraksi di sini oleh itu target mereka di Penang minggu hadapan adalah untuk mencari kedudukan tempat kedua.

SHARIFUDDIN MAHU PANTAS DI PULAU PINANG


Kekecewaan gagal meraih sebarang mata pada pusingan sebelum ini mahu ditebus Mohd Sharifuddin Shamsuddin (gambar) apabila menjanjikan kebangkitan pada Pusingan Akhir Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.

Pelumba Suzuki M-Seki Liberty Racing itu yang menamatkan perlumbaan di tangga ke-16 di Litar Sepang Selatan ketinggalan 25.716 saat dengan pemenang (15:26.884s) mengakui mengalami kesakitan di bahagian tumit ketika memberi fokus membuat pecutan di litar yang panjang.
  
Tidak mahu kelemahan itu terus menghantui kariernya, Sharifuddin memusatkan tekad untuk memberi aksi terbaik minggu depan di Padang Kota Lama.

Ketika ini, Sharifuddin menduduki tangga ke-19 dalam kedudukan keseluruhan pelumba CP115 dengan mengumpul 17 mata manakala rakan sepasukan, Sasitharen Sukumaran di tempat ke-16 (22 mata) dan Elly Idzliaikmal Ilias di tempat ke-21 (12 mata).

Sementara itu, pendahulu kedudukan, Mohd Ramdan Mohd Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing dengan mengumpul 162 mata diikuti Mohd Rozaiman Mohd Said dari Motul Yamaha YY Pang dengan (140 mata) dan rakan sepasukan, Mohd Adli Salihin (118 mata) terikat dengan Muhd Iskandar Raduan dari Petronas Sprinta Yamaha Raceline.

"Reka bentuk litar di Pulau Pinang tidak semudah yang disangka. Litar itu lebih teknikal dengan empat pusingan dan kunci kepada kemenangan adalah kelajuan jika saya mahu mencapai sasaran menduduki 10 pelumba terbaik. Jika saya tidak boleh beraksi cemerlang di litar panjang, karier saya sebagai pelumba pasti tergugat kerana pasukan ini mahu pelumba serba boleh," kata pelumba berusia 18 tahun itu.

Sharifuddin yang berasal dari Kuala Lumpur itu turut berkata, "Stamina memainkan peranan sangat penting untuk perlumbaan di Pulau Pinang. Memandangkan ia perlumbaan di litar pendek, perlumbaan itu sangat pantas dan pelumba  miliki lebih stamina akan mempunyai kelebihan minggu depan."

Ketika ditanya mengenai siapakah yang bakal meraih gelaran CP115, Sharifuddin berkata, "Ramdan memiliki peluang baik untuk merangkul kejuaraan. Dia mempamerkan peningkatan meskipun tampil kali pertama musim ini dalam CP115. Apa yang dia perlu lakukan adalah menamatkan perlumbaan di tangga ke-12 untuk meraih empat mata bagi mengesahkan kejuaraan."

Debaran 3 Penjuru

DEBARAN pasti dirasakan tiga pelumba teratas kategori CP130 yang mahu mencipta sejarah memahat nama selaku juara CP130 pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2010 di Padang Kota Lama pada 4 dan 5 Disember ini.

Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) yang menerajui carta keseluruhan dengan 146 mata diikuti Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) dengan 145 mata. Sementara itu, rookie, Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) menduduki tangga ketiga dengan 144 mata.

Berbanding 2009, saingan Pusingan 10 ini lebih menarik memandangkan kesemua pelumba dipisahkan hanya dengan dua mata. Tahun lalu, juara Expert, Ahmad Fuad Baharudin (Petronas Sprinta Yamaha AHM Racing) mara ke final di litar yang sama dengan kelebihan 14 mata.
Norizman, Fazli dan Hafizh perlu memenangi perlumbaan hujung minggu ini jika mahu dinobat juara CP130 2010.

Dengan misi berbeza, Norizman mahu menamatkan dominasi Yamaha dalam siri Kejuaraan Cub Prix dan muncul pelumba pertama memenangi mahkota kelas perdana dengan jentera Honda. Sebelum ini, pelumba berusia 25 tahun itu sudah memahat namanya dalam sejarah Cub Prix apabila muncul pelumba termuda memenangi gelaran Expert pada 2005 ketika berusia 20 tahun.

Fazli pula menyimpan hasrat merangkul gelaran ketiga selepas muncul juara pada 2007 dan 2008. Seandainya memenangi perlumbaan di Pulau Pinang hujung minggu ini, Fazli semakin menghampiri rekod pelumba legenda, M Meganathan yang memenangi kejuaraan empat kali pada 1994, 1995, 1999 dan 2000.

Hafizh yang baru berusia 16 tahun pula berharap mampu memecah rekod dicipta Norizman selaku juara termuda dan muncul pelumba Novis pertama memenangi kelas perdana.

Selain itu, Mohd Zamri Baba (Petronas Sprinta Yamaha AHM Racing) yang menduduki tempat keempat dalam carta keseluruhan CP130 juga berpeluang bergelar juara di Pulau Pinang. Bagaimanapun, peluangnya tidak secerah tiga pelumba terbaik kelas ini memandangkan pada waktu ini dia kurang 19 mata (127 mata) berbanding Norizman.
Peminat sukan bermotor yang tidak berkesempatan berada di Pulau Pinang, berpeluang menyaksikan debaran pusingan terakhir kategori Wira, CP115 dan CP130 yang disiar secara langsung di Astro Arena (Rangkaian 801) pada hari Ahad bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Untuk maklumat lanjut, hubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd di 03-8733 887 atau layari laman web www.malaysiancubprix.com.

Tiga pelumba buru gelaran


HAFIZH (depan) dianggap sebagai pelumba paling berpotensi musim ini.




DEBARAN pasti dirasakan oleh tiga pelumba teratas kategori CP- 130 yang mahu mencipta sejarah memahat nama sebagai juara keseluruhan bagi kelas CP130 pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2010 yang akan menutup tirainya di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
Barisan pelumba yang bersaing memburu gelaran tersebut terdiri daripada Norizman Ismail (SCK Honda Racing) yang menerajui carta keseluruhan ketika ini dengan 146 mata, diikuti Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) dengan 145 mata.
Hafizh Syahrin Abdullah pula dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Raceline menduduki tangga ketiga dengan 144 mata.
Berbanding perlumbaan penutup tirai pada 2009, saingan pada kejuaraan ini jauh lebih menarik memandangkan ketiga-tiga pelumba tersebut dipisahkan dengan hanya dua mata.
Tahun lalu pula juara Expert, Ahmad Fuad Baharudin (Petronas Sprinta Yamaha AHM Racing) mara ke pusingan akhir di litar yang sama dengan kelebihan 14 mata.
Dengan itu, Norizman, Fazli dan Hafizh perlu memenangi perlumbaan hujung minggu ini jika mahu dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori CP130 pada tahun 2010.
Dengan misi berbeza, Norizman mahu menamatkan dominasi Yamaha dalam siri Kejuaraan Cub Prix ini dan muncul sebagai pelumba pertama memenangi mahkota kelas perdana menggunakan jentera Honda.
Sebelum ini, pelumba berusia 25 tahun itu sudah pun memahat namanya dalam sejarah Cub Prix apabila muncul pelumba termuda pernah memenangi gelaran Expert pada tahun 2005 ketika dia berusia 20 tahun.
Sementara itu, Fazli menyimpan hasrat untuk melebarkan kemenangan ketiganya selepas muncul juara pada tahun 2007 dan 2008.
Seandainya dia memenangi perlumbaan di Pulau Pinang hujung minggu ini, Fazli semakin menghampiri rekod pelumba legenda, M. Meganathan yang pernah memenangi kejuaraan ini sebanyak empat kali pada tahun 1994, 1995, 1999 dan 2000.
Hafizh yang baru berusia 16 tahun pula berharap mampu meme- cah rekod yang dicatatkan oleh Norizman selaku juara termuda dan muncul pelumba Novis pertama memenangi kelas perdana ini.
Selain itu, Mohd. Zamri Baba (Petronas Sprinta Yamaha AHM Racing) yang menduduki tempat keempat di dalam carta keseluru- han CP130 juga berpeluang untuk bergelar juara di Pulau Pinang nanti.
Bagaimanapun, peluangnya tidak secerah tiga pelumba terbaik kelas ini memandangkan pada masa ini dia dipisahkan dengan 19 mata berbanding pendahulu kese- luruhan, Norizman.
Bagi memastikan perlumbaan berjalan dengan lancar, beberapa jalan di Pulau Pinang akan ditutup dari 3 Disember (Jumaat) dari pukul 6 pagi hingga 6 pagi pada 6 Disember (Isnin).
Penutupan jalan ini bukan sahaja untuk memastikan kerja-kerja persiapan berjalan dengan lancar tetapi ia juga bagi menjamin keselamatan orang awam.
Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Pengkalan Weld heading menghala ke Jalan Lebuh Light, Jalan Lebuh Farquhar menghala ke Jalan Lebuh Light and Jalan Lebuh Pantai menghala ke Jalan Lebuh Light, Jalan Tun Syed Shah Barakbah dan Jalan Pengkalan Weld.

Sunday, November 28, 2010

Rozaiman harap tuah di Padang Kota



Mohd. Rozaiman berharap tuah menyebelahinya apabila beraksi pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Padang Kota Lama, minggu depan.
KUALA LUMPUR - Mohd. Rozaiman Mohd, Said berharap tuah akan menyebelahinya pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Padang Kota Lama, Pulau Pinang 4 dan 5 Disember ini.
Pelumba berusia 22 tahun itu yang mengidamkan makhota kelas CP115 sekali lagi berhadapan situasi 'hidup-mati', bukan sahaja kerana dia perlu merampaschequered flag bagi menjulang trofi juara, tetapi mengharapkan pendahulu keseluruhan, Mohd. Ramdan Mohd. Rosli (Petronas Sprinta Yamaha AHM Racing) tidak mengutip lebih daripada tiga mata pada perlumbaan tersebut.
Ini kerana, ketika ini pelumba Motul Yamaha YY Pang itu yang berada di tangga kedua (140 mata), kurang 22 mata dari Ramdan, yang menerajui carta keseluruhan dengan 162 mata.
Walaupun Rozaiman sedar jalan untuk muncul juara penuh cabaran, dia nekad untuk memberikan persembahan terbaik dan menghalang Ramdan dari menjuarai kelas CP115 ini dengan mudah.
"Tiga mata akan menentukan segalanya. Tidak dapat dinafikan kemungkinan untuk muncul juara amat tipis memandangkan Ramdan mempunyai kelebihan untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 dan dinobat sebagai juara. Namun, saya tetap akan memberikan yang terbaik. Hanya dengan cara ini saya akan berpuas hati walaupun muncul tempat kedua," katanya.
Dia menambah: "Tidak mungkin Ramdan akan berlumba dengan 'selamat' minggu ini, kerana dia seorang pelumba yang agresif. Saya rasa dia pasti mahu naik podium. Namun apa sahaja boleh terjadi di dalam perlumbaan seperti kemalangan ataupun kegagalan jentera. Saya hanya boleh berharap tuah menyebelahi saya di Pulau Pinang nanti."
Rozaiman turut meluahkan rasa kecewa rakan sepasukan, Zaidy Mohd Zaifaizal yang tidak akan beraksi pada perlumbaan final, ekoran digantung perlumbaan selepas didapati bersalah berlumba dengan kasar pada Pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) 21 November lepas.
Oleh itu, dia mengharapkan Mohd. Adli Salihin yang berkongsi kedudukan ketiga (118 mata) dengan Mohd Iskandar Raduan (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) dapat membantunya memenangi mahkota CP115 di Pulau Pinang.
Rozaiman juga berharap beraksi di litar sendiri di hadapan keluarga dan rakan-rakan akan memberikannya kelebihan.
"Saya terkilan Zaidy tidak dapat membantu saya hujung minggu ini. Namun saya masih mempunyai Adli untuk membantu saya menepis cabaran Ramdan dan rakan sepasukan, Shahril Izzuwan Mohd Noor yang menunjukkan peningkatan di Sepang tempoh hari.
"Selain itu, saya mempunyai kelebihan beraksi di litar sendiri. Kehadiran keluarga dan rakan-rakan pasti akan menyuntik semangat perjuangan saya," ujar Rozaiman yang berasal dari Pulau Pinang.

Impian Rozaiman


MOHD Rozaiman Mohd Said berharap tuah menyebelahinya pada pusingan penutup tirai musim 2010 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, 4 dan 5 Disember ini.
Pelumba berusia 22 tahun itu yang mengidam makhota kelas CP115 sekali lagi berhadapan situasi hidup-mati bukan saja kerana perlu merampas ‘chequered flag’ bagi menjulang trofi juara tetapi berharap pendahulu keseluruhan, Mohd Ramdan Mohd Rosli (Petronas Sprinta Yamaha AHM Racing) tidak mengutip lebih daripada tiga mata pada perlumbaan akhir itu.

Pada masa ini, pelumba Motul Yamaha YY Pang itu yang berada di tangga kedua (140 mata) kekurangan 22 mata berbanding Ramdan yang menerajui carta keseluruhan dengan 162 mata.
Walaupun sedar laluan untuk muncul juara sulit, Rozaiman nekad memberikan persembahan terbaik dan menghalang Ramdan menjuarai kelas CP115.

“Tiga mata menentukan segalanya. Tidak dapat dinafikan kemungkinan untuk muncul juara amat tipis memandangkan Ramdan hanya perlu menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 dan mengesahkan dirinya sebagai juara. “Bagaimanapun, saya tetap akan memberikan yang terbaik kerana hanya dengan cara ini, saya berpuas hati walaupun muncul tempat kedua,” katanya.

Dia turut yakin Ramdan tidak akan berlumba secara selamat.

“Dia seorang pelumba yang agresif dan saya yakin dia tentu ingin menaiki podium. Apa saja boleh berlaku dalam perlumbaan seperti kemalangan ataupun kegagalan jentera. Saya hanya boleh tuah menyebelahi saya di Pulau Pinang.” Rozaiman turut kecewa rakan sepasukan, Zaidy Mohd Zaifaizal tidak akan beraksi pada perlumbaan final ekoran digantung daripada perlumbaan selepas didapati bersalah berlumba secara berbahaya pada Pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) 21 November lalu.

Dia mengharapkan Mohd Adli Salihin yang berkongsi kedudukan ketiga (118 mata) dengan Mohd Iskandar Raduan (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) membantunya memenangi makhota CP115 di Pulau Pinang.
Rozaiman juga berharap aksi di litar sendiri di hadapan keluarga dan rakan akan memberikannya kelebihan. “Saya terkilan Zaidy tidak dapat membantu hujung minggu ini. Bagaimanapun, saya punya Adli untuk membantu saya mengatasi cabaran Ramdan dan rakan sepasukannya, Shahril Izzuwan Mohd Noor yang menunjukkan peningkatan di Sepang.

“Selain itu, saya juga punya kelebihan kerana beraksi di litar sendiri. Kehadiran keluarga dan rakan-rakan pasti menyuntik semangat perjuangan,” kata Rozaiman yang berasal dari Pulau Pinang.

Azlan pertahan kejuaraan MSS


Aksi pelumba PETRONAS Yamaha, Azlan Shah Kamaruzaman pada Pusingan Kedua Malaysian Super Series (MSS) di Litar Antarabangsa Sepang.
SEPANG,,Penyandang juara, Azlan Shah Kamaruzaman mempertahankan gelarannya apabila berjaya menggungguli pusingan kelima Malaysian Super Series (MSS) bagi kategori Supersports yang berlangsung hari ini (Ahad) di Litar Antarabangsa Sepang.
Dengan kemenangan ini, Azlan mengutip 191 mata secara keseluruhan sekaligus berjaya mendahului para pencabar lain meskipun terlepas aksi pada pusingan yang berlangsung bulan Mei lalu.
"Saya bernasib baik pada perlumbaan musim ini kerana para pelumba lain berlumba sebanyak lima pusingan. Sasaran saya ialah untuk mencapai kejuaraan hatrik pada musim depan," kata Azlan yang menduduki tangga ketiga ARRC di dalam kategori 600cc Supersports Championship.
Di dalam perlumbaan kejuaraan siri Asia, Azlan mengutip 123 mata selepas lima pusingan dan ketinggalan 25 mata daripada pendahulu dari Thailand’s Decha Kraisart.
"Sasaran saya ialah untuk memberi saingan kepada penunggang Chalempol Polamai kerana secara realitstiknya saya sudah jauh ketinggalan dengan Decha," kata Azlan yang mengintai peluang untuk muncul naib juara sekurang-kurangnya pada perlumbaan di Qatar nanti.
Bagi kategori Superstock pula menyaksikan dua pelumba iaitu Ahmad Zamani Baharuddin dan Remon Azrem Abdul Karim ditabal juara bersama selepas berkongsi mata sama pada perlumbaan terakhir mereka.
Juara keseluruhan bagi kategori Superbike berjaya dirangkul oleh penunggang dari Jepun, Yasuhiro Kuhara manakala Muhamad Faizal Yahya dinobat juara keseluruhan kategori Bikerz Cup.
Keputusan pusingan kelima MSS 2010:
SUPERSTOCK CHAMPIONSHIP
Race 1 (10 laps)
1. Remon Azrem Abd. Karim (Honda CBR1000) 22:59.313s
2. Faisal Yahya (Honda CBR1000) 23:09.847s
3. Mark Lim (MV Augusta) 23:31.768s
4. Nasarudin Mat Yusop (Honda CBR1000) 23:35.498s
5. Noor Azam Mohd Noor (Honda CBR1000) 24:04.297s
Race 2 (8 laps/race redflagged on Lap 9)
1 Ahmad Zamani Baharuddin (Honda CBR1000) 18:23.655s
2. Remon Azrem Abd. Karim (Honda CBR1000) 18:35.603s
3. Eric Chia (Kawasaki ZX10R) 18:35.819s
4. Faisal Yahya (Honda CBR1000) 18:55.001s
5. Mark Lim (MV Augusta) 18:55.497s
SUPERBIKE CHAMPIONSHIP
Race 1 (10 laps)
1. Abdul Rahim Sidek (Honda CBR1000) 22.54.119s
2. Syahnas Shahidan (MV Augusta) 22:54.120s
3. Omar Ali Abdullah (Honda CBR1000) 23:34.960s
4. Che Zamri Hamid (Kawasaki ZX10) 23:47.952s
5. Milton Poh (Suzuki SXR1000) 23:48.243s
Race 2 (8 laps/race red-flagged on Lap 9)
1.Yasuhiro Kuhara (Honda CBR1000) 18:09.038s
2. Syahnas Shahidan (MV Augusta) 18:20.712s
3. Abdul Rahim Sidek (Honda CBR1000) 18:29.146s
4. Omar Ali Abdullah (Honda CBR1000) 18:59.829s
5. Che Zamri Hamid (Kawasaki ZX10) 19:01.297s
SUPERSPORTS CHAMPIONSHIP
Race 1 (10 laps)
1. Azlan Shah Kamaruddin (Yamaha R6) 22:34.132s
2. Mohd Zamri Baba (Yamaha R6) 22:34.142s
3. Suhathai Chaemsap (Honda CBR600) 22:41.005s
4. Ahmad Fuad Baharuddin (Yamaha R6) 22:45.974s
5. Suhadi Ali Rahmat (Honda CBR600) 22:48.291s
Race 2 (10 laps)
1. Azlan Shah Kamaruddin (Yamaha R6) 22:49.786s
2. Mohd Zamri Baba (Yamaha R6) 22:50.355s
3. Ahmad Fuad Baharuddin (Yamaha R6) 22:51.782s
4. Suhathai Chaemsap (Honda CBR600) 22:54.341s
5. Suhadi Ali Rahmat (Honda CBR600) 23:01.283s
BIKERZ CUP
Race 1 (6 laps)
1.Rosnizam Mohd Noor (Kawasaki 150) 15:35.606s
2. Ahmad Azhar Hamid (Kawasaki 150) 15:35.666s
3. Amirul Hafiq Mohd Azmi (Kawasaki 150) 15:35.700s
4. Muhammad Faisal Yahya (Kawasaki 150) 16:06.388s
5. Ahmad Nashrul Baharuddin (Kawasaki 150) 16:14.113s
Race 2 (6 laps)
1. Ahmad Azhar Hamid (Kawasaki 150) 16:39.726s
2. Amirul Hafiq Mohd Azmi (Kawasaki 150) 16:39.742s
3.Rosnizam Mohd Noor (Kawasaki 150) 16:39.998s
4. Mior Aripin Mior Abdul Salim 17:03.251s
5. Kamaruh Abdul Karim 17:11.183s