jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, November 2, 2010

ARRC: DUA PODIUM UNTUK AZLAN 31 Oktober 2010

Pelumba CP130 Kejuaraan Cub Prix, Azlan Shah Kamaruzaman mempamerkan aksi terbaik pada Pusingan 5 Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Zhuhai (ZIC) hujung minggu lalu.

Azlan yang mewakili pasukan PETRONAS Yamaha Malaysia di dalam kategori SuperSports 600cc bersaing dengan semangat tinggi dan menghadapi cabaran peluba Thailand, Chalermpol Polamai serta rakan sepasukan sendiri, Md Zamri Baba untuk muncul tempat ketiga di dalam perlumbaan pertama dan naik ke tempat kedua bagi perlumbaan dua.

Zamri Baba pula menamatkan sesi pertama di tempat keempat tetapi nasib kurang menyebelahinya pada perlumbaan petang apabila dia terbabas pada lap 16 sekaligus gagal menamatkan perlumbaan.

Sementara itu, Ahmad Fuad Baharudin muncul di tempat keenam bagi perlumbaan pertama dan seperti Zamri dia DNF perlumbaan 2. Rookie, Hafizh Syahrin pula muncul kedudukan ke-15 dan kelapan.


Dalam pada itu, Md Ramdan Md Rosli merupakan pelumba Malaysia terbaik di dalam kategori Underbone 115cc. 

Walaupun ini merupakan musim sulungnya beraksi di peringkat Asia, Ramdan yang bernaung di bawah pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha AHM KHi, menunjukkan bakat yang terpendam dengan menaiki podium kedua dalam perlumbaan 1.

Walau bagaimanapun, nasib kurang menyebelahinya pada sebelah petang. Walaupun dilihat konsisten bertarung dengan musuh untuk mendapatkan kedudukan hadapan, Ramdan tidak menamatkan perlumbaan ekoran terlibat dengan kemalangan dengan Fitriansyah Kete dari Indonesia pada selekoh terakhir lap ke-10.

Untuk berita lanjut serta keputusan perlumbaan, sila layari laman web rasmi PETRONAS ARRC www.arrc.com.my

No comments:

Post a Comment