jokisenja header

jokisenja header


Thursday, November 25, 2010

Perebutan naib juara Wira tetap hangat


REBUTAN TEMPAT KEDUA HANGAT
Azhar dan Syawal nekad cari kemenangan walaupun sibuk dengan peperiksaan 



Walaupun sibuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Azhar Abdul Jalil dan Muhd Syawalludin Muhd Zaki nekad untuk memberikan persembahan terbaik pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.


Pada waktu ini, kedua pelumba ini di dalam perebutan untuk memenangi tempat kedua di dalam carta keseluruhan kelas Wira di belakang Mohd Adib Rosley yang telah pun bergelar Juara Wira 2010 pada pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) minggu lalu.



Azhar (Motul Yamaha YY Pang) kini berdiri di tangga kedua dengan catatan 133 mata manakala Syawal (Modenas FortyOne Racing) berada di tempat ketiga dengan 125 mata. Dengan perbezaan lapan mata, kedua-dua pelumba ini jelas bersemangat untuk saingan minggu depan. 



Azhar yang berasal dari Selangor memberikan komen, "Pusingan akhir musim 2010 ini pasti mencabar kerana saya terpaksa membahagikan fokus pada peperiksaan dan juga kedudukan kedua di dalam carta keseluruhan. Mujurlah, pada waktu saingan  saya tidak mempunyai apa-apa peperiksaan sehingga 15 Disember," jelas pelumba berusia 17 tahun itu.



Juara Wira 2009 itu turut menambah, "Saya kurang senang apabila memikirkan Syawal hanya lapan mata kurang dari saya. Saya bertambah kecewa lagi apabila mengenang kembali kegagalan mengutip sebarang mata pada perlumbaan di Sepang ekoran kegagalan jentera. 



"Oleh itu, pada pusingan akhir ini, saya berharap untuk membentuk strategi pasukan dengan Adib. Saya pasti dengan bantuannya saya boleh menghabiskan perlumbaan di hadapan Syawal sekaligus merampas kemenangan kedua saya untuk musim ini," ujar Azhar yang muncul juara di Penang musim lepas.







Sementara itu, Syawal menjangkakan saingan sengit di litar Padang Kota Lama, "Walaupun lebih kecil dari litar Sepang, Pusingan 10 bagi saya merupakan sebuah lagi perlumbaan yang memberikan fokus pada aspek kelajuan jentera kerana hanya terdapat empat selekoh. Saya yakin dengan pelarasan jentera sekarang, saya boleh memberikan tekanan pada Azhar. Walau bagaimanapun saya masih perlu berhati-hati kerana Azhar mempunyai rekod baik di situ dan Adib pasti akan membantunya," jelas Syawal yang berasal dari Terengganu itu.




KUALA LUMPUR - Walaupun menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd. Azhar Abdul Jalil dan Muhd. Syawalludin Muhd Zaki mahu memberikan persembahan terbaik pada pusingan penutup tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.

Kedua-dua pelumba itu bersaing merebut naib juara kelas Wira di belakang Mohd. Adib Rosley, yang telah pun bergelar juara kelas tersebut pada pusingan 9 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) minggu lalu.

Azhar (Motul Yamaha YY Pang) kini di tangga kedua dengan 133 mata, manakala Syawal (Modenas FortyOne Racing) di tempat ketiga dengan 125 mata.
Dengan perbezaan lapan mata, kedua-dua pelumba itu bersemangat untuk saingan minggu depan.

Azhar berkata: "Perlumbaan terakhir ini begitu mencabar kerana saya terpaksa membahagikan fokus pada peperiksaan dan juga kedudukan kedua di dalam carta keseluruhan.
''Mujurlah pada perlumbaan nanti saya tidak menduduki kertas ujian SPM sehingga 15 Disember," jelas pelumba berusia 17 tahun itu.

Juara Wira 2009 itu turut menambah: "Saya kurang senang apabila memikirkan Syawal hanya lapan mata di belakang saya. Saya bertambah kecewa apabila mengenang kembali kegagalan mengutip sebarang mata pada perlumbaan di Sepang ekoran kegagalan jentera.

"Oleh itu, pada pusingan akhir ini, saya berharap untuk membentuk strategi pasukan dengan Adib. Saya pasti dengan bantuannya saya boleh menghabiskan perlumbaan di hadapan Syawal sekaligus merampas kemenangan kedua saya untuk musim ini," ujar Azhar yang muncul juara di Pulau Pinang musim lepas.

Sementara itu, Syawal menjangkakan saingan sengit di litar Padang Kota Lama.
"Walaupun lebih kecil dari litar Sepang, pusingan 10 bagi saya merupakan sebuah lagi perlumbaan yang memberikan fokus pada aspek kelajuan jentera kerana hanya terdapat empat selekoh. Saya yakin dengan pelarasan jentera sekarang, saya boleh memberikan tekanan pada Azhar. Walau bagaimanapun, saya masih perlu berhati-hati kerana Azhar mempunyai rekod baik di situ dan Adib pasti akan membantunya," jelas Syawal yang berasal dari Terengganu.

No comments:

Post a Comment