jokisenja header

jokisenja header


Monday, November 15, 2010

Wujudkan Litar Lumba Di Pulau Pinang

 Pulau Pinang, Pelumba-pelumba Cubprix 
Negeri P.Pinang 
mencadangkan agar kerajaan Pusat dan 
kerajaan Negeri 
menyediakan kemudahan litar lumba kekal 
sebagai kaedah 
terbaik memberi kemudahan kepada belia-
belia dan 
Pelumba-pelumba Cubprix melakukan aktiviti-
aktiviti yang 
berfaedah di samping  melahirkan bakat-bakat 
baru dalam 
pelumbaan Cubprix  di masa akan datang.

 Dengan adanya litar perlumbaan permotoran 
ini, ia membolehkan remaja atau peminat 
permotoran jenis 
laju membuktikan kebolehan mereka berlumba 
dengan 
menggunakan litar rasmi berkenaan.Sebelum 
ini ramai 
peminat lumba kereta dan motosikal, termasuk 
golongan Mat 
Rempit tidak mempunyai gelanggang khas 
untuk melakukan 
aktiviti sukan permotoran. 

 Oleh itu pembinaan litar lumba ini bukan sahaja dapat menghindarkan peminat lumba kereta & motosikal dari menyalah guna jalan raya sebagai tempat perlumbaan, malah boleh mengatasi masalah gejala sosial remaja seperti Mat Rempit.


Sesi Latihan Bebas Di Perkarangan 
Tempat Letak Kereta 
Stadium Batu Kawan P.Pinang 14 NOV 2010
kerana minat..apa boleh buat..terpaksalah bersabar
Kami Perlukan Litar Yang Sempurna

Bawah pokok pun bawah pokok lah..

Kepada pihak-pihak yang berkenaan tolong ambil perhatian sikit..
PERIHATINLAH KEPADA NASIB KAMI..WUJUDKAN UNTUK KAMI SEBUAH LITAR..



No comments:

Post a Comment