jokisenja header

jokisenja header


Saturday, November 13, 2010

Suzuki tidak tertekan di Sepang



KUALA LUMPUR - Sungguhpun masih belum mencapai keputusan yang memuaskan, Suzuki M-Seki Liberty Racing tidak merasa tertekan untuk menyaingi rekod baik jentera Suzuki di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) dalam Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix Malaysia minggu depan.

Sebaliknya, pengurus pasukan, Chong Kok Ming, berpendapat rekod kemenangan bekas pelumba Suzuki, Mohd Affendi Rosli, yang kini menyertai SCK Honda Racing di litar Sepang Selatan musim lalu menjadi ukuran prestasi mereka.

Chong Kok Ming berkata, kejayaan Affendi merupakan hasil usaha keras penyelidikan dan pembangunan jentera selama beberapa tahun dan pada tahun ini, Suzuki lebih menumpukan fokus kepada pembangunan jentera 115cc (CP115).

Ketika ini, Sasitharen Sukumaran merupakan pelumba terbaik dari pasukan Suzuki M-Seki Liberty Racing dan berada di tangga ke-17 dalam kelas CP115, diikuti rakan sepasukan, Shariffuddin Shamsuddin di tempat ke-18 dengan 17 mata, manakala Elly Idzliaikmal Ilias di tangga ke-21 dengan 12 mata.

"Seperti mana-mana perlumbaan sebelum ini, kami sentiasa berada di bawah tekanan untuk mencapai keputusan terbaik, namun untuk menyamai rekod kemenangan Affendi di Sepang minggu depan adalah tidak logik.

"Ini kerana bukan sahaja kami berlumba di dalam kategori yang berbeza tetapi Affendi merupakan seorang pelumba yang berpengalaman.Dia sudah sebati dengan jentera Suzuki, malah mempunyai pasukan yang kuat," kata Chong Kok Ming.

No comments:

Post a Comment