jokisenja header

jokisenja header

Wednesday, November 24, 2010

Tak sangka menang - Norizman



Kejayaan Md Affendi Rosli (kiri) pada saingan di India musim lalu memberikan Norizman Ismail (kanan) inspirasi untuk mencari podium pada Pusingan 4 ARRC yang akan berlangsung di India.

SEPANG, Kejayaan muncul juara pada pusingan ke-9 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS yang berlangsung hujung minggu lalu nyata diluar sangkaan Norizman Ismail kerana mengganggap para pencabarnya mempunyai banyak kelebihan berbanding dirinya di Litar Sepang.
Malahan penunggang Harian Metro SCK Honda Racing tersebut tidak menyangka dapat beraksi lebih laju dan menguasai kedudukan hadapan sehingga tamat perlumbaan.
"Saya dan krew pasukan tidak sangka dapat menang disini, kami sangat bersyukur," kata Norizman.
"Litar disini bukan sinonim dengan saya kerana para pencabar saya lebih mahir dan cekap di sini berbanding saya."
Norizman memulakan perlumbaan dengan konsisten apabila berjaya berada di dalam kelompok hadapan dan selepas beberapa pusingan kehebatan pelumba ini sukar disekat dan berjaya memintas dua pencabarnya iaitu Zamri dan Hafizh untuk sekaligus muncul juara.
Norizman sekarang mendahului kedudukan penunggang keseluruhan dengan 146 mata dan dipisahkan satu mata dengan Ahmad Fazli Sham Shell Advance Yamaha Maju).
Pusingan akhir di Pulau Pinang akan menjadi penentu buat Norizman samaada dinobat juara atau tidak, ia pasti menjanjikan saingan sengit di antara tiga pelumba iaitu Fazli dan Hafizh yang masih berpeluang untuk memintas.

No comments:

Post a Comment