jokisenja header

jokisenja header

Monday, November 29, 2010

Tiga pelumba buru gelaran


HAFIZH (depan) dianggap sebagai pelumba paling berpotensi musim ini.




DEBARAN pasti dirasakan oleh tiga pelumba teratas kategori CP- 130 yang mahu mencipta sejarah memahat nama sebagai juara keseluruhan bagi kelas CP130 pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2010 yang akan menutup tirainya di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 4 dan 5 Disember ini.
Barisan pelumba yang bersaing memburu gelaran tersebut terdiri daripada Norizman Ismail (SCK Honda Racing) yang menerajui carta keseluruhan ketika ini dengan 146 mata, diikuti Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) dengan 145 mata.
Hafizh Syahrin Abdullah pula dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Raceline menduduki tangga ketiga dengan 144 mata.
Berbanding perlumbaan penutup tirai pada 2009, saingan pada kejuaraan ini jauh lebih menarik memandangkan ketiga-tiga pelumba tersebut dipisahkan dengan hanya dua mata.
Tahun lalu pula juara Expert, Ahmad Fuad Baharudin (Petronas Sprinta Yamaha AHM Racing) mara ke pusingan akhir di litar yang sama dengan kelebihan 14 mata.
Dengan itu, Norizman, Fazli dan Hafizh perlu memenangi perlumbaan hujung minggu ini jika mahu dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori CP130 pada tahun 2010.
Dengan misi berbeza, Norizman mahu menamatkan dominasi Yamaha dalam siri Kejuaraan Cub Prix ini dan muncul sebagai pelumba pertama memenangi mahkota kelas perdana menggunakan jentera Honda.
Sebelum ini, pelumba berusia 25 tahun itu sudah pun memahat namanya dalam sejarah Cub Prix apabila muncul pelumba termuda pernah memenangi gelaran Expert pada tahun 2005 ketika dia berusia 20 tahun.
Sementara itu, Fazli menyimpan hasrat untuk melebarkan kemenangan ketiganya selepas muncul juara pada tahun 2007 dan 2008.
Seandainya dia memenangi perlumbaan di Pulau Pinang hujung minggu ini, Fazli semakin menghampiri rekod pelumba legenda, M. Meganathan yang pernah memenangi kejuaraan ini sebanyak empat kali pada tahun 1994, 1995, 1999 dan 2000.
Hafizh yang baru berusia 16 tahun pula berharap mampu meme- cah rekod yang dicatatkan oleh Norizman selaku juara termuda dan muncul pelumba Novis pertama memenangi kelas perdana ini.
Selain itu, Mohd. Zamri Baba (Petronas Sprinta Yamaha AHM Racing) yang menduduki tempat keempat di dalam carta keseluru- han CP130 juga berpeluang untuk bergelar juara di Pulau Pinang nanti.
Bagaimanapun, peluangnya tidak secerah tiga pelumba terbaik kelas ini memandangkan pada masa ini dia dipisahkan dengan 19 mata berbanding pendahulu kese- luruhan, Norizman.
Bagi memastikan perlumbaan berjalan dengan lancar, beberapa jalan di Pulau Pinang akan ditutup dari 3 Disember (Jumaat) dari pukul 6 pagi hingga 6 pagi pada 6 Disember (Isnin).
Penutupan jalan ini bukan sahaja untuk memastikan kerja-kerja persiapan berjalan dengan lancar tetapi ia juga bagi menjamin keselamatan orang awam.
Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Pengkalan Weld heading menghala ke Jalan Lebuh Light, Jalan Lebuh Farquhar menghala ke Jalan Lebuh Light and Jalan Lebuh Pantai menghala ke Jalan Lebuh Light, Jalan Tun Syed Shah Barakbah dan Jalan Pengkalan Weld.

No comments:

Post a Comment