jokisenja header

jokisenja header

Monday, May 2, 2011

Zulfahmi terus cemerlang




Penunggang AirAsia-SIC-AJO Muhammad Zulfahmi Khairuddin mengambil selekoh ketika perlumbaan GP Sepanyol di Litar Estoril . 

KUALA LUMPUR - Pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin terus cemerlang dalam perlumbaan 125cc MotoGP di Grand Prix Portugal apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke 11, mengulangi pencapaian hebat di Jerez..
Sementara itu, Nicolas Terol dari Sepanyol terus unggul dengan tiga kemenangan berturut turut.
Dia mencatat 41 minit 21.986 saat di Litar Estoril meninggalkan Sandro Cortes ditempat kedua dan Yohan Zarco (ketiga). Manakala, Zulfahmi ketinggalan 54. 071 saat di belakang Terol.
Terol kini mengumpul 75 mata untuk berada di tempat pertama diikuti Sandro Cortese, 25 mata di tempat kedua sementara Yohan Folger lapan mata di belakang Cortese.
Zulfahmi pula berada di tangga ke-14 dengan 11 mata.

No comments:

Post a Comment