jokisenja header

jokisenja header


Monday, May 2, 2011

Fujiwara takluk Litar Sepang



SEPERTI diramal, pelumba Manual-Tech BEET Kawasaki Racing, Katsuaki Fujiwara muncul juara kategori SuperSports 600cc pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Utara), semalam.

Pada Perlumbaan 1 yang sepatutnya berlangsung sebanyak 25 pusingan, Fujiwara diumumkan sebagai pemenang dengan catatan masa keseluruhan 22 minit 28.203 saat setelah perlumbaan terpaksa diberhentikan pada pusingan ke-22 apabila bendera merah dikibarkan akibat terdapat tumpahan minyak di atas litar.

Fujiwara mengetepikan cabaran Chalermpol Polamai dan Decha Kraisart dari pasukan Yamaha Thailand Racing.

Chalermpol menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 22:28.379s namun malang buat Decha kerana gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh pada pusingan 19. 

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Boon Siew Honda Racing Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman dengan catatan 22:30.875s.

No comments:

Post a Comment