jokisenja header

jokisenja header


Thursday, May 5, 2011

Yamaha Ckj Sukimi tekad tawan podium

 
Yamaha CKJ Sukimi tekad menamatkan kemarau podium Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 di Stadium Sultan Mizan Gong Badak pada 13 dan 14 Mei ini. 


Pengurus pasukan, Mohd Azmi Mansor berkata, pusingan ketiga ini menjadi medan kebangkitan memandangkan kebanyakan masalah berlaku berjaya diselesaikan. 

Sementara pelumba CP115, Mohd Syawalludin Mohd Zaki, pelumba Wira, Ahmad Afif Amran dan Che Ku Amriq Asyraff bermotivasi tinggi beraksi di halaman sendiri dan memberi kelebihan berbanding pencabar lain. 

“Kebanyakan masalah menyentuh aspek teknikal jentera dan memberi impak pada pelumba sehingga gagal menamatkan perlumbaan dalam kategori CP115 di Batu Kawan. 

“Punca masalah dapat dikenal pasti dan kami berharap mereka mampu menaiki podium minggu depan,” katanya. 

Bagi percaturan di Kuala Terengganu, Afif memiliki peluang cerah berikutan prestasi konsisten, di samping pengalaman beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) minggu lalu.

No comments:

Post a Comment