jokisenja header

jokisenja header

Sunday, May 15, 2011

SAM MOHON MAAF DI ATAS GANGGUAN SIARAN LANGSUNG


Promosi Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) memohon maaf di atas pembatalan pada saat-saat akhir siaran langsung Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu, semalam.

Pengarah Promosi SAM, Ron Hogg menjelaskan siaran langsung terpaksa dibatalkan ketika perlumbaan kategori CP130 hampir memasuki pusingan kedua ekoran masalah teknikal di litar.

Ron turut menjelaskan bahawa gangguan yang dialami bukan berpunca daripada pihak Astro.

"Kami cukup kesal beribu-ribu peminat Cub Prix di seluruh Malaysia terlepas menyaksikan aksi menarik di dalam kategori CP130 semalam dan kami memohon maaf kepada para peminat, pelumba, pasukan, serta rakan korporat kami. Kami telah mengendalikan produksi TV selama 18 tahun dan ini kali pertama perkara sebegini berlaku. Walau bagaimanapun, kami akan memastikan insiden ini tak akan berulang lagi," ujar Ron.

Siaran ulangan Pusingan 3 akan di tunda sehingga diberitahu kelak.

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment