jokisenja header

jokisenja header


Thursday, May 5, 2011

SEJENAK BERSAMA SIN BAN HUAT


Bagi sesetengah pelumba, nombor yang digunakan mempunyai makna tersendiri. Ada yang memilihnya kerana dianggap bertuah dan ada pula yang memilih angka berdasarkan nombor yang digunakan pelumba idola mereka. Bagi Amran Muhamad, beliau turut mempunyai sebab mengapa memilih angka ganjil yang bermula dengan nombor 3 bagi ketiga-tiga anaknya yang beraksi bersama pasukan Sin Ban Huat.



Apakah nombor yang digunakan oleh ketiga-tiga pasangan adik beradik ini? 
Saya memilih angka 33 untuk digunakan oleh Mohd Irwan Hafiz manakala nombor 35 untuk Mohd Izrul Huzairie dan kembarnya pula, Izrul Huzaimie menggunakan nombor 37.

Kenapa memilih angka yang ganjil sahaja dan bukannya nombor berturut-turut seperti 33, 34 dan 35? 
Sebenarnya nombor ini antara nombor yang pernah digunakan ketika mereka menyertai pertandingan mini bike dahulu. Mereka juga pernah memenangi beberapa perlumbaan ketika menggunakan nombor ini.

Ada sebab lain lagi? Mungkin ia sebagai nombor bertuah mereka?
Tidak ada sebab lain. Tentang nombor bertuah, sebenarnya ia lebih kepada minat saya menggunakan nombor yang ganjil dan juga nombor 3, bukannya kerana nombor ini bertuah ataupun tidak.

Kenapa memilih nombor yang bermula dengan angka 3? 
Nombor 3 sebenarnya banyak berkaitan dengan diri ketiga-tiga adik beradik ini. Angka 3 membawa maksud di mana mereka bertiga berada di dalam satu pasukan. Tidak hanya ketika menyertai Kejuaraan ini, malah ketika menyertai pelbagai pertandingan mini bike sejak dahulu lagi. Mereka jarang berpisah. Sebagai abang, sudah tentulah nombor 33 itu menjadi milik Irwan.

Adakah mereka turut menggemari nombor yang digunakan ketika ini?
Ya, walaupun saya yang memilih nombor ini, namun mereka juga menyukainya. Saya lihat angka 3 ini memang begitu sesuai untuk mereka. Sebab itulah saya memilih nombor yang bermula dengan angka 3 diikuti dengan nombor-nombor ganjil.

Ok, soalan terakhir, adakah jejak langkah mereka turut diikuti oleh adik mereka yang lain?
Ketika ini, adik mereka yang baru berusia 7 tahun, Mohd Izham Hanafi juga telah mula mengikut jejak langkah mereka dengan menyertai pertandingan mini bike untuk kategori bawah 9 tahun.

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment