jokisenja header

jokisenja header

Saturday, May 7, 2011

Solehin mahu tawan Gong Badak


SOLEHIN mahu bangkit di Gong Badak.
MOHD. Solehin Mohd. Sukor kini lebih bersedia untuk mengharungi Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petro- nas yang akan berlangsung di Stadium Sul- tan Mizan Gong Badak, Terengganu pada 13 dan 14 Mei ini.
Pelumba pasukan Honda Promax X-Dot Racing ini yang beraksi dalam kelas Wira, menguasai perlumbaan akhir di pada Pusingan 2 di Batu Kawan bulan lalu, namun rentaknya terganggu akibat cabaran sengit daripada pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing, Mohd. Adib Rosley.
Akibatnya, dia tersungkur ketika perlum- baan baru berlangsung sebanyak tiga pusi- ngan.
Adib turut terjatuh, namun dia mampu menghabiskan perlumbaan di tempat kelima, manakala Solehin terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-16.
Pelumba berusia 17 tahun itu jelas kecewa dengan kegagalan tersebut dan kini berazam untuk bangkit pada saingan di Kuala Terengganu minggu depan.
"Saya seharusnya menumpukan sepenuh perhatian kepada perlumbaan, bukannya cuba untuk menjarakkan diri dengan Adib kerana perlumbaan ketika itu baru bermula.
"Saya kecewa dengan keputusan Pusingan 2. Bukan hanya kerana saya gagal menaiki podium, malah gagal untuk mengu- tip sebarang mata. Puncanya kerana saya begitu tertekan apabila Adib mengekori rapat. Perlumbaan tersebut mungkin boleh berakhir dengan lebih baik jika saya menge- kalkan rentak.
"Saya mengharapkan nasib saya lebih baik pada perlumbaan minggu depan," kata bekas pemenang tempat kedua keseluruhan Cabaran Honda icon tahun 2009 itu.
Selain itu, Solehin percaya masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diper- baikinya bagi menyaingi pelumba-pelumba kelompok hadapan dan ketika ini dia berusaha keras bagi mengatasi segala kelema- han yang ada.
"Apabila Adib mula merapatkan diri, saya mula hilang tumpuan dan sering kali melakukan kesilapan. Tambahan pula, itu merupakan kali pertama saya mengetuai perlumbaan dan saya bagaikan meragui kemampuan diri sendiri. Hasilnya, ia berakhir dengan kekecewaan.
"Ketika ini kemampuan jentera saya tidak banyak beza berbanding pesaing lain. Apa yang perlu dilakukan adalah untuk menguatkan lagi ketahanan mental dan cuba memahami keadaan litar sebaik mungkin. Saya juga perlu lebih konsisten," ujar pelumba berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang itu.
Pada ketika ini Zulsyafiz Rosli sedang mendahului kedudukan keseluruhan bagi kelas Wira.
Pelumba MOS Malaysia Racing itu mengumpul 41 mata, diikuti Nurahmad Fariz- nazreen (Motul Yamaha YY Pang Racing) di tangga kedua (40 mata) dan Mohd Izzat Zaidi Salehan di tempat ketiga dengan 25 mata.

No comments:

Post a Comment