jokisenja header

jokisenja header

Wednesday, May 18, 2011

Fahmi pamer peningkatan mendadak - Aki


 

Penunggang AirAsia-SIC-AJO Muhammad Zulfahmi Khairuddin 

KUALA LUMPUR - Pengurus pasukan Ajo Motorsports, Aki Ajo tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan yang dipamer wakil tunggal penunggang GP Motor  Dunia negara, Md Zulfahmi Khairuddin walaupun sedikit hampa pada pusingan GP Perancis hujung minggu lalu.
Walaupun mencatat masa ke-13 terpantas semasa sesi kelayakan, Fahmi gagal mengekalkan rentak tunggangan pantas sekaligus menyaksikan dia sekadar tamat di  kedudukan ke-19.
Litar Le Mans nyata menguji keupayaan Fahmi kerana beberapa kesilapan kecil yang dilakukannya menyebabkan dia tidak konsisten dan sering mudah dipintas oleh  pencabar lain.
"Peningkatan Fahmi sangat baik dan hebat, ia terbukti semasa sesi kelayakkan.
"Keseluruhan ia adalah aksi yang hebat daripadanya cuma rancangan yang diatur tidak berjalan seperti yang diharapkan. Perkara sebegini boleh berlaku kepada  mana-mana penunggang di dunia ini," kata Aki.
Musim ini merupakan tahun kedua buat Fahmi namun penunggang kelahiran Banting ini sudah meraih kejayaan penting sepanjang musim ini.
Kejayaan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 pada GP Sepanyol dan ke-11 pada GP Portugal membuktikan Fahmi mampu melangkah lebih jauh lagi serta mampu  memberi cabaran sengit kepada lawan yang lebih berpengalaman daripadanya.
Perlumbaan seterusnya bakal menyaksikan Fahmi akan turun berentap di litar Catalunya pada 5 Jun.

No comments:

Post a Comment