jokisenja header

jokisenja header

Monday, May 30, 2011

Zulfahmi sedia perbaiki kesilapan


Penunggang negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin yang mewakili pasukan AirAsia-SIC-Ajo mengambil selekoh semasa perlumbaan Moto GP kategori 125cc di Litar Jerez Sepanyol pada 3 April 2011.

KUALA LUMPUR - Pelumba 125cc negara, Zulfahmi Khairudin sedia memperbaiki kesilapan di Le Mans dalam misi memburu mata di litar kegemarannya, Catalunya.
Selepas cemerlang di Jerez dan Estoril dengan mengutip 11 mata daripada  2 perlumbaan itu, Zulfahmi gagal meneruskan aksi kemas di litar Le Mans, Perancis.
Dia sekadar menghuni tangga ke-19 walaupun bermula di petak ke-13. Cuaca panas di Catalunya bakal diharungi Zulfahmi, tetapi ia bukan halangan dengan stamina dan keyakinan yang semakin tinggi.
Cuti lebih seminggu memberi peluang Zulfahmi pulang ke Malaysia, tetapi rutinnya tetap sama. Selain melepaskan rindu terhadap keluarga, dia perlu berlatih di gimnasium selain berkayuh setiap hari di sekitar putrajaya.
Setakat ini bagi kategori 125cc menyaksikan penguasaan pelumba kelahiran Sepanyol, Nicolas Terol dengan menghimpun 95 mata diikuti Sandro Cortese dan Yohann Zarco di tempat kedua dan ketiga. Manakala, Zulfami jauh di tempat ke-17 dengan 11 mata.
Pusingan kelima Moto GP berlangsung di litar Catalunya, sepanyol dari 3 hingga 5 Jun nanti.

No comments:

Post a Comment