jokisenja header

jokisenja header


Monday, May 2, 2011

Fujiwara teruja lakar kemenangan berganda,Azlan tempat ketiga

FUJIWARA (tengah) mengungguli pusingan pembukaan ARRC 2011 di Litar Utara, SIC semalam.


SEPERTI diramal, Katsuaki Fujiwara berjaya meraih kemenangan berganda dalam kategori SuperSports 600cc pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.
Pada Perlumbaan 1 yang sepatutnya berlangsung sebanyak 25 pusingan, Fujiwara diumumkan sebagai pemenang selepas mencatat masa keseluruhan 22 minit 28.203 saat.
Begitupun, perlumbaan terpaksa dihentikan pada pusingan ke-22 kerana terdapat tumpahan minyak di atas litar.
Pelumba Manual-Tech BEET Kawasaki Racing itu mempamerkan aksi yang cukup hebat untuk mengetepikan cabaran Chalermpol Polamai dan Decha Kraisart dari pasukan Yamaha Thailand Racing.
Chalermpol menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 22:28.379s tetapi malang buat Decha kerana gagal menamatkan perlumbaan setelah terjatuh pada pusi- ngan 19.
Tempat ketiga menjadi milik pelumba Boon Siew Honda Racing Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman dengan catatan 22:30.875s.
Perlumbaan 2 juga berlangsung sebanyak 20 pusi- ngan selepas terpaksa dimulakan sekali lagi akibat Chalermpol terbabas di selekoh kedua pada pusingan kedua perlumbaan.
Kali ini, sebaik lampu merah dipadamkan Fujiwara tidak memberikan sebarang peluang buat lawannya apabila menguasai perlumbaan dari mula sehingga ke gari- san penamat.
Pelumba veteran itu menamatkan perlumbaan secara bersendirian untuk mengatasi Decha dengan 7.663 saat.
Decha terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 22:35.590s. Azlan sekali lagi berjaya menjejak kaki di podium ketiga dalam masa 22:35.715s.
"Segalanya begitu sempurna dari sesi kelayakan hingga ke hari perlumbaan.
"Jurutera pasukan melakukan kerja yang begitu menakjubkan dan tugas saya pula adalah untuk mengekalkan prestasi yang konsis- ten dalam kedua-dua perlumbaan," kata Fujiwara.
"Melihat kepada Perlumbaan 1, kedua-dua pelumba Thailand, Decha dan Chalermpol merupakan lawan yang hebat dan saya perlu menjarakkan diri dari mereka secepat mungkin.
"Pada Perlumbaan 2, saya memberi sepenuh perhatian pada awal pusingan dan berjaya menjarakkan diri," tambah Fujiwara yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.
Sementara itu, Azlan yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam kedua-dua perlumbaan, berada di tangga kedua keseluruhan dengan 32 mata.
Begitupun, Azlan sedikit kecewa terutamanya setelah terlepas peluang untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Perlumbaan 2.
Pusingan 2 ARRC 2011 akan berlangsung di Litar Sentul, Indonesia pada 10 dan 12 Jun ini

No comments:

Post a Comment