jokisenja header

jokisenja header

Sunday, May 22, 2011

Afiq digugurkan, Amirul kekal


Sebagai persiapan Pachie Yuzy Honda Racing menjelang Pusingan 4 di Putrajaya 

PASUKAN Pachie Yuzy Honda Racing melakukan rombakan menjelang Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Presint 3, Putrajaya, 28 dan 29 Mei ini. 

Pengurusnya, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, rombakan dibuat terhadap barisan pelumbanya dalam kategori CP115. 

Menurutnya, selepas tiga pusingan kedua-dua pelumbanya, Mohd Amirul Aziz Zakaria dan Afiq Rahmat gagal mempamerkan aksi memberangsangkan selain gagal mengutip sebarang mata. 

“Berikutan itu, kami mengambil keputusan menggugurkan Afiq dan diganti Mohd Faris Ahmad Tajuddin manakala, Amirul diberi peluang kedua membuktikan kemampuannya,” katanya. 

Ditanya mengapa pasukan mengekalkan Amirul, Yuzy menjelaskan pelumba muda itu mempunyai potensi namun kurang bernasib baik kerana sering ditimpa masalah teknikal. 

“Kami memberikannya peluang dan harap Amirul mampu menempatkan diri kedudukan 10 pelumba terbaik,” katanya. 

Sementara itu, mengulas mengenai kemampuan pelumba gantiannya Faris, 17, Yuzy agak terkejut dengan prestasi ditunjukkan itu pada sesi ujian dijalankan selama dua hari di litar Elite Speedway, Subang Jaya minggu lepas. 

“Prestasi Faris sewaktu sesi ujian masa dijalankan melebihi apa jangkakan di mana dia mencatatkan masa cukup memberangsangkan.

No comments:

Post a Comment