jokisenja header

jokisenja header


Thursday, May 19, 2011

Perlumbaan satu pengeluar Yamaha tambah kemeriahan Cub Prix




Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.

KUALA LUMPUR- Lebih banyak kemeriahan menanti dalam perlumbaan motosikal terbesar di Malaysia apabila siri perlumbaan satu pengeluar Yamaha bakal kembali pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.

Menggantikan model Yamaha 135 LC yang digunakan tahun lalu, perlumbaan musim ini akan menggunakan jentera baru Yamaha Ego LC yang mempunyai kuasa enjin lebih rendah 125cc dan menggunakan sistem transmisi gear automatik. Ini sekaligus membawa perubahan kepada nama kategori tersebut yang kini dikenali sebagai Piala Yamaha EgoLC PETRONAS.

Bertindak sebagai landasan untuk mengetengahkan bakat-bakat baru, musim 2011 akan menyaksikan 20 pelumba muda berusia di antara 13 higga 17 tahun mengharungi saingan tujuh pusingan ini. Kebanyakan mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman beraksi di Cub Prix.

Antara pelumba ternama yang lahir daripada kategori ini adalah juara CP130 paling muda, Hafizh Syahrin Abdullah(PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) yang kini beraksi dalam kategori SuperSports 600cc di Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), Juara Keseluruhan CP115 2010, Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM), pasangan Motul Yamaha YY Pang, Mohd Azhar Abdul Jalil dan Mohd Adib Rosley serta Juara Cabaran Yamaha 135LC musim lalu, Tengku Amirul Haffiruddin.

Pengurus Promosi dan Sukan Pemotoran Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, Melvin Tan menjelaskan tentang harapan dan jangkaannya musim ini.

“Tujuan kami masih tetap seperti musim-musim lepas, iaitu  menyediakan landasan dan memberikan sokongan kepada pelumba baru untuk melibatkan diri dalam Cub Prix. 

"Setakat ini kami mempunyai seramai 20 pelumba di mana 80 peratus daripadanya merupakan muka baru yang ditemui pengurus-pengurus pasukan Yamaha melalui perlumbaan pocket bike tempatan manakala selebihnya merupakan pelumba sedia ada yang tidak berupaya untuk beraksi dalam kelas yang lebih tinggi berikutan masalah kos yang tinggi.

"Saya cukup pasti saingan musim ini akan lebih menarik lagi kerana para remaja ini cukup kompetitif."

Apabila ditanya samada jentera baru yang menggunakan transmisi gear automatik serta kuasa enjin yang lebih rendah akan menjejaskan kualtiti perlumba yang dihasilkan, Melvin berkata, “Sudah tentu kemahiran menggunakan gear amat penting dalam perlumbaan namun menggunakan jentera automatik seperti ini turut mempunyai kelebihannya. 

Sebagai contoh, pelumba-pelumba akan memberi tumpuan untuk mengawal kelajuan, menggunakan brek, dan meningkatkan kemahiran tunggangan mereka dengan mengetepikan dahulu aspek penggunaan gear,” katanya.


No comments:

Post a Comment