jokisenja header

jokisenja header


Saturday, April 9, 2011

SEJENAK BERSAMA RON HOGG


Pengarah Promosi Safe Aim Mutual (SAM), Ron Hogg baru-baru ini menyambut hari lahirnya yang ke-38. Kami berbicara dengan beliau bagaimana dia menyambut hari istimewa tersebut pada 4 April lepas.

Hi Ron, dengarnya baru-baru ini menyambut hari lahir? Sambut di mana?

Ya, betul. Tapi tiada apa yang menarik untuk diceritakan tentangnya

Bagaimana dengan sambutan yang dilakukan?

Macam biasa sahaja. Tiada apa-apa yang nak dikongsikan. Sama sahaja. Sekarang ini tidak seperti dahulu, selalunya kita begitu tertunggu-tunggu hari lahir setiap tahun, tetapi sekarang ini tidak lagi. Tak banyak beza dengan hari-hari biasa.

Ok, Apa antara kenangan paling manis menyambut hari lahir?

Saya tidak ingat apa yang paling menarik, semua bagi saya sama sahaja

Antara hadiah paling menarik yang pernah diterima?

Saya tidak ingat apa hadiah yang paling menarik, cuma mungkin kalau zaman sekolah dahulu rasa begitu seronok bila mendapat sepasang kasut bola.

Selain pelumba-pelumba, dengarnya anda juga turut mempunyai peminat dan begitu dikenali sepanjang perlumbaan termasuk di kalangan peminat remaja?

Itu semua biasa sahaja, tidak ada apa-apa yang menarik dan bukanlah terkenal. Mungkin mereka hanya berminat untuk mengetahui tentang perlumbaan dan juga ingin mengetahui bagaimana untuk menyertai perlumbaan. Itu sahaja.

Sedikit tentang perlumbaan, bagaimana dengan persiapan perlumbaan Pusingan 2 yang beralih lokasi dari Kuala Terengganu ke Batu Kawan?

Perubahan lokasi itu tidak mendatangkan banyak masalah dan kami semua pun sudah cukup bersedia untuk perlumbaan Pusingan 2 nanti.

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment