jokisenja header

jokisenja header


Monday, April 4, 2011

Penunggang enduro catat rekod Malaysia Book of Records

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
- Foto THE STAR Oleh SAM THAM
ENDURANCE ride atau menunggang motosikal secara berterusan dalam jarak dan masa yang panjang bukan aktiviti permotoran yang asing di Malaysia. Ia telah bermula sejak tahun 1980-an lagi.
Ramai penunggang-penunggang telah melakukannya sama ada secara solo atau berkumpulan di dalam Malaysia atau menyeberang sempadan antaranya Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien, 40, yang menunggang kapcai dari Kuala Lumpur ke London secara solo selain Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010 dari ibu kota ke Mekah yang julung kali diadakan anjuran Israq Adventure Sdn. Bhd. dengan jarak perjalanan hampir 20,000 kilometer (km) dan banyak lagi ekspedisi seumpama itu dianjurkan oleh pelbagai kumpulan atau kelab motosikal.
Bagaimanapun kebanyakan ekspedisi bermotosikal yang amat mencabar itu yang dianjurkan secara bebas hanyalah untuk mencari kepuasan atau memenuhi minat diri sendiri dari destinasi ke destinasi yang ditentukan. Tiada pengiktirafan atau catatan rasmi yang direkodkan.
Atas kesedaran itu ahli perniagaan, Adly Safari Mustafa, 37, dengan kumpulannya dikenali sebagai Enduro Malaysian Chapter (EMC) berhasrat melakukan perubahan baru dalam gaya rekreasi sukan lasak menunggang motosikal jarak jauh di kalangan komuniti tersebut.
Dengan moto ‘endurance riding menyeronokkan dan selamat’, Adly sebagai ketua ekspedisi bersama rakan-rakannya lain yang berpengalaman menungang ‘kuda besi’ lebih 10 tahun iaitu berhasrat mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Record (MBR) sebagai kumpulan yang paling jauh menunggang motosikal dalam masa 24 jam.
Mereka terlibat ialah Nor Azlan Yusof (pemandu arah), Azri Wah Minon (penunggang 1), Datuk Amzah Sulaiman (penunggang 2), Azman Baharuddin (penunggang sayap 1), Muhammad Fuad Ashaari (penunggang sayap 2) dan Hussein Musrin (webmaster dan kenderaan sokongan).
Sasaran mereka ialah menunggang tanpa sejauh 2,000 km dalam masa 24 jam. Berlepas dari Port Dickson pada pukul 8 malam, 18 Mac lalu dan mengelilingi Semenanjung sebelum kembali ke Port Dickson semula pada keesokan harinya.
Selepas memperoleh persetujuan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Sembilan, Supritendan Junaidi Bujang yang kemudian bersedia menaungi siri jelajah lasak berkenaan, perbincangan lebih teliti diadakan dengan MBR dalam menentukan syarat-syarat yang ketat sebelum mereka memproleh pengiktirafan berkenaan.
Adly Safari Mustafa
Motosikal berkuasa tinggi yang digunakan ialah BMW GS1200, BMW GS800, Kawasaki Versys (CKD dan CBU), Honda CBR929 dan Suzuki Hayabusa.
Idea EMC ini diadaptasi dari sebuah kumpulan yang terkenal di seluruh dunia dikenali sebagai Iron Butt Association yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Kumpulan ini menggalakkan ahli-ahlinya menguji ketahanan mereka dengan menunggang motosikal sehingga beribu-ribu km jauhnya.
Jika berjaya menghabiskan jarak tertentu sekurang-kurangnya 800 km, mereka akan layak digelar dengan panggilan seperti Iron Butt, Metal Butt atau Saddle Sore.
Lebih lama seseorang penunggang berada di atas motosikal, lebih tinggi pengiktirafan EMC terhadap mereka. Oleh itu cabaran EMC Iron butt sangat berkait rapat dengan masa dan jarak perjalanan seseorang penunggang.
Catat rekod
Menurut Adly atau lebih popular dengan panggilan Kapten Adly, MBR dan polis menetapkan syarat dan peraturan yang amat ketat kepada mereka antaranya merekodkan setiap pergerakan sama secara catatan dan rakaman video.
“Kita juga telah menetapkan laluan-laluan yang mesti dilalui. Jelajah ini mesti dilakukan secara konsisten dengan berterusan. Kelajuan bukan matlamat jika mahu digelar penunggang Iron Butt,” katanya kepada Mingguan mStar di Shah Alam, baru-baru ini.
Katanya, mereka perlu memenuhi prosedur tertentu sepanjang perjalanan selai menempuh pelbagai dugaan sepanjang perjalanan itu.
Para penunggang lasak dilepaskan sebelum berjaya mencipta rekod dalam Malaysian Book of Record sebagai kumpulan penungang paling jauh jarak dalam tempoh 24 jam iaitu kira-kira 1,600 kilometer.
“Cabaran paling kuat ialah kami mengharungi hujan kira-kira 80 peratus daripada perjalanan kami. Selain itu faktor mengantuk.
“Bayangkan terpaksa berada atas motosikal 18 jam tanpa henti tidak termasuk lapan kali berhenti makan dan mengisi minyak, masalah radio dua hala dan jalan raya yang sibuk.
“Itulan cabaran endurance riding,” jelasnya.
Perjalanan ke selatan tanah air sangat baik tetapi cabaran sebenarnya bermula apabila enam penunggang itu memasuki Mersing sehinggalah ke Kota Baru.
Mereka terpaksa meredah hujan lebat dan cuaca yang dingin sepanjang perjalanan sebelum dapat melihat cahaya mentari apabila tiba di Rantau Panjang dan Pengkalan Hulu kira-kira pukul 8 pagi pada 19 Mac.
Sebaik tiba di Tasik Banding, mereka telah pun menghabiskan sebanyak 1,100 km perjalanan iaitu melebihi separuh perjalanan yang disasarkan.
Namun sebaik tiba di Baling, Kedah, para penunggang membuat keputusan untuk membatalkan hasrat ke Padang Besar, Perlis kerana berdasarkan maklumat, kenderaan terlalu banyak di jalan raya ekoran musim cuti sekolah.
Keadaan itu boleh membahayakan penunggang-penunggang EMC. Bagi mengelakkan risiko berkenaan yang memungkinkan mereka tidak akan tiba di lokasi penamat pada masa yang ditetapkan iaitu sebelum pukul 8.45 malam, mereka meneruskan perjalanan dengan laluan tambahan menggantikan laluan ke Padang Besar.
Laluan baru tersebut ialah ke Plaza Tol Alor Gajah, Melaka sebelum berpatah balik ke Plaza Tol Seremban bagi melengkapkan jarak perjalanan iaitu 1,884 km.
Akhirnya kesemua penunggang tiba dengan selamat di Permaisuri Resort, Port Dickson dengan diberi sambutan meriah.
Kejayaan mereka bukan sekadar itu sahaja sebaliknya mereka berjaya memperoleh pengiktirafan daripada MBR selepas kesemua faktor dan syarat-syarat dipenuhi. Sijil pengiktirafan disampaikan oleh wakil MBR, Myra Dzaman.
Mengulas mengenai pencapaian itu, Amzah yang berusia 58 tahun sekali gus merupakan penunggang veteran yang menunggang superbike Suzuki Hayabusa, hasrat mereka ialah mahu menetapkan standard supaya pemilik motosikal menunggang dengan memperoleh pengiktirafan.
“Tak kiralah apa jenis motosikal pun, kuasa kecil atau besar, kita boleh lakukannya,” katanya yang telah menjelajah ke serata benua dengan menunggang motosikal.

No comments:

Post a Comment