jokisenja header

jokisenja header

Saturday, April 23, 2011

50 pelumba berentap di Melaka

JAGUH-JAGUH Supermoto bersedia untuk melakukan demonstrasi di MIMC semalam.


SEJUMLAH 50 pelumba motosikal lasak bakal beraksi pada Kejuaraan Supermoto Malaysia 2011 yang akan diadakan di Litar Pemotoran Antarabangsa Melaka (MIMC), Melaka pada 1 dan 2 Mei depan.
Kejuaraan yang julung kali diadakan di Melaka itu turut disertai pelumba dari Singapura, Jepun, Thailand dan Indonesia.
Apa yang menarik dalam perlumbaan itu adalah motosi- kal lasak yang kebiasaannya berlumba di litar motorcross berbukit, kini diadakan di litar berturap di MIMC.
Presiden Kelab Supermoto (SMC), Awalluddin Sham Bokhari berkata, Melaka merupakan destinasi ketiga perlumbaan tahun ini selepas dua kali diadakan di Selangor pada Februari dan awal bulan ini.
Menurutnya, lima kategori akan dipertandingkan iaitu Lites 200, Lites 250, Terbuka, Mini Supermoto dan Terbuka 200cc.
“Setiap pelumba perlu meng- habiskan 10 pusingan dan yang terpantas akan dinobatkan sebagai pemenang kecuali bagi kategori terbuka iaitu 15 pusi- ngan,” katanya pada sidang media di MIMC, Melaka semalam.
Awalluddin berkata, selain menyemarakkan kegiatan sukan lasak itu dalam kalangan generasi muda di negeri ini, kejohanan berkenaan juga bertujuan mendidik remaja melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah.
“Kita berharap dapat mendidik generasi muda melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan menjauhi kegiatan rempit yang makin berleluasa,” katanya.

No comments:

Post a Comment