jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, April 26, 2011

Boon Siew Honda Malaysia Sertai Saingan SuperSports 600cc


PENAMPILAN pertama tidak menghalang pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia menjadi antara pencabar utama dalam saingan SuperSports 600cc apabila Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Utara) hujung minggu ini.
Pengarah Boon Siew Honda Racing Malaysia, Tan Hui Jing percaya pasukan mereka sudah cukup bersedia untuk menghadapi cabaran ARRC.
“Bersama-sama menyertai pasukan kami ialah pelumba berpengalaman, Azlan Shah Kamaruzaman yang berjaya memperolehi kedudukan ketiga keseluruhan musim lepas. Turut menyertai Azlan ialah Mohd Suhadi Ali Rahmat dan Mohd Emir Firdaus Hasan.
“Walaupun, musim ini merupakan kali pertama pasukan ini menyertai ARRC namun persediaan secukupnya telah dilakukan. Sebenarnya perancangan dan persiapan pasukan telah dijalankan sejak tahun lepas lagi.
"Sebagai pendatang baru, Emir mempunyai sedikit pengalaman menunggang jentera 600cc sejak musim lepas lagi dengan menyertai Malaysian Super Series (MSS), begitu juga dengan seorang lagi pelumba berpengalaman kami, Suhadi," katanya.
Sementara itu, Hui Jing berkata, taraf persaingan di antara MSS dan ARRC begitu berbeza tetapi dia percaya Emir dan Suhadi telah menerima pendedahan dan menimba pengalaman secukupnya.
"Saya yakin Emir dapat menyesuaikan diri dengan perlumbaan ARRC dalam masa yang singkat manakala Suhadi tidak akan mempunyai sebarang masalah kerana dia pernah beraksi di pentas ARRC pada tahun 2002 hingga 2004,” katanya.
Pasukan ini baru sahaja pulang daripada menjalani latihan di Jepun minggu lepas dan kini mereka lebih bersedia untuk menghadapi saingan dan cabaran hujung minggu ini.

No comments:

Post a Comment