jokisenja header

jokisenja header


Sunday, April 24, 2011

DUA PERLUMBAAN SOKONGAN UNTUK ARRC



Selain daripada perlumbaan kategori SuperSports 600cc dan Underbone 115cc, dua perlumbaan sokongan turut diadakan pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Utara) pada minggu ini.

Pelumba-pelumba yang berminat untuk menyertai ARRC PETRONAS boleh memilih untuk mengambil bahagian sama ada dalam acara Cabaran Bawah-17 ataupun Cabaran Pengeluar Tempatan 135cc. Yuran penyertaan bagi kategori Cabaran Bawah-17 sebanyak RM150 (termasuk minyak) manakala Cabaran Pengeluar Tempatan 135cc sebanyak RM150.

Pendaftaran boleh dilakukan di Sepang pada 30 April (Sabtu) bermula jam 8 pagi hingga 9 pagi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd di talian 03-8733 8787.


No comments:

Post a Comment