jokisenja header

jokisenja header

Tuesday, April 26, 2011

Boon Siew Honda Racing pertaruh pengalaman Azlan


 

Azlan Shah Kamaruzaman antara penunggang yang mengibarkan cabaran negara dalam kelas SuperSports 600cc

KUALA LUMPUR-Meskipun merupakan muka baru dalam kancah Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS 2011 (ARRC), namun pengurus pengarah Boon Siew Honda Racing Malaysia, Tan Hui Jing percaya pasukannya mampu memberi cabaran. 

ARRC akan membuka tirai bagi saingan musim ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini tanpa mengenakan bayaran masuk. 

Musim ini Boon Siew Honda Racing mendapatkan penunggang berpengalaman, Azlan Shah Kamaruzaman yang menamatkan saingan di tempat ketiga musim lalu. Selain Azlan, Mohd Suhadi Ali Rahmat dan Mohd Emir Firdaus Hasan turut diberi kepercayaan untuk memikul cabaran. 

Menurut Tan, pasukan itu sebenarnya boleh dikatakan telah membuat persiapan sejak tahun lalu lagi. Pendatang baru, Emir telah berlatih dengan jentera 600cc musim lalu dengan menyertai Super Siri Malaysia (MSS) dan begitu juga Suhadi. 

Sungguhpun saingan di antara MSS dan ARRC berbeza namun Tan yakin kedua penunggang itu telah menimba pengalaman daripadanya dan meramalkan Emir hanya memerlukan tempoh singkat untuk menyesuaikan diri manakala Suhadi telah berlumba dalam kancah ARRC sejak tiga tahun lalu dari 2002-2004. 

Boon Siew Honda Racing baru pulang dari Jepun minggu lalu sebagai persiapan menghadapi cabaran awal. 

Sebelum itu pasukan itu sempat menjalani latihan di SIC dan Johor. 

elain daripada perlumbaan kategori SuperSports 600cc dan Underbone 115cc, penganjur turut mempelawa perlumba yang berminat untuk menyertai dua perlumbaan sokongan. 

Pelumba-pelumba yang berminat untuk menyertai ARRC PETRONAS boleh memilih untuk mengambil bahagian sama ada dalam acara Cabaran Bawah-17 ataupun Cabaran Pengeluar Tempatan 135cc dengan mengenakan yuran pendaftaran yang rendah. 

No comments:

Post a Comment