jokisenja header

jokisenja header


Saturday, October 8, 2011

Zulfahmi janji raih mata di Litar Phillip Island



Penunggang AirAsia-SIC-Ajo, Md Zulfahmi Khairuddin ketika mengambil selekoh pada GP Perancis yang berlangsung di litar Le Mans pada 15 Mei 2011. 

Pelumba 125cc negara, Zulfahmi Khairuddin menganggap sasaran pasukannya, Air Asia-SIC Ajo  Motorsports untuk berada dalam kelompok 15 pelumba terbaik musim ini masih lagi realistik.
Meskipun sedar baki saingan hanya tinggal 3 pusingan dan ketinggalan 11 mata dengan kedudukan ke 15, Simone Grotzkyj dari Itali, ia bukan satu perkara yang mustahil kerana  tetap percaya dengan kebolehannya ketika ini.
Justeru, pelumba kelahiran Banting, Selangor ini berjanji akan meraih mata di Litar Phillip Island, Australia bagi mengurangkan tekanan beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 21 hingga 23 Oktober ini.
Namun dia lebih mengharap penampilan ketiganya di Litar Sepang nanti mampu meraih lebih banyak mata terutama di hadapan penyokong.
 
Dia kini berjaya menyambar 1 mata penting di litar  Motegi, Jepun untuk meletakkannya berada di kedudukan ke 17 dengan 21 mata.
Ditanya mengenai masalah jentera yang sentiasa merencatkan persembahannya, Zulfahmi tidak menggangap ia satu masalah besar sebaliknya menyifatkan jentera yang diselenggara pasukannya kini berada dalam keadaan terbaik.

No comments:

Post a Comment