jokisenja header

jokisenja header


Monday, October 17, 2011

ARRC: PODIUM UNTUK ZAMRI & HAFIZH



Pelumba PETRONAS Yamaha Malaysia, Mohd Zamri Baba meraih kejayaan berganda apabila meraih kedudukan podium ketiga pada Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS 2011 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, hari ini.

Pada Perlumbaan 1, Zamri menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa keseluruhan , 29:41.947s di belakang pendahulu keseluruhan, Katsuaki Fujiwara (Manual-Tech BEET Kawasaki Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan 29:31.502s.

Seorang lagi pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 29:35.649s.

Pada Perlumbaan 2, Zamri sekali lagi di tangga ketiga dengan masa keseluruhan  29:38.195s manakala Fujiwara melintasi garisan penamat sebagai juara (29:38.042s) dan Chalermpol Polamai (Yamaha Thailand Racing) ketiga, 29:38.107s.

Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia)  di kedudukan keempat diikuti Hafizh di kedudukan kelima dengan masa 29:39.627s dan 29:42.029s.

Dalam senarai keseluruhan, Azlan kekal di tangga kedua dengan 140 mata, sementara Zamri dan Hafizh di kedudukan ketiga dan keempat keseluruhan dengan 107 dan 94 mata. Berbaki dua perlumbaan, Fujiwara telah mengesahkan gelaran juara selepas memungut 196.5 mata.

Dalam senarai Anugerah Keseluruhan Berpasukan, Boon Siew Honda Racing Malaysia di kedudukan kedua dengan 147 mata, PETRONAS Yamaha Malaysia keempat dengan 127 mata dan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM kelima dengan 116.5 mata.

Dalam kategori Underbone 115cc, dua pelumba negara, Mohd Affendi Rosli (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) dan Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) turut menjejakkan kaki di atas podium.

Affendi meraih kedudukan kedua pada Perlumbaan 1 dengan masa keseluruhan 21:57.703s manakala Ahmad Afif Amran (Yamaha CKJ TJM Racing) di kedudukan keempat dengan 21:54.240s. Mohd Iskandar Raduan yang menggantikan Shahril Izzuwan Mohd Nor (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) di kedudukan kelima dengan 21:58.279s.

Ramdan sekali lagi meraih kedudukan podium ketiga apabila menamatkan Perlumbaan 2 dengan masa keseluruhan 22:04.331s. Rakan sepasukannya, Iskandar sekali lagi menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima dengan catatan 22:04.636s dan Zaidy MohdZaifaizal (Motul Yamaha YY Pang) keenam, 22:05.056s.

Rakan sepasukan Afif dari Indonesia, Rafid Topan Sucipto memenangi kedua-dua perlumbaan dengan masa keseluruhan 21:57.692s dan 22:03.998s.

handalan Indonesia, Rafid Topan Sucipto dari Yamaha CKJ TJM Racing turut meraih kemenangan berganda dengan kejayaan memenangi Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2.

Dalam senarai keseluruhan, Mohd Rozaiman Mohd Said yang menamatkan Perlumbaan 1 di tangga ketujuh dan gagal menamatkan perlumbaan pada Perlumbaan 2 naik ke tangga ketiga dengan 79 mata. Shahril yang tidak menyertai perlumbaan kali ini turun ke tangga kempat dengan 76 mata.

Affendi di kedudukan kelima dengan 74 mata, Zaidi keenam dengan 73 mata dan Ramdan ketujuh dengan 65 mata.

Rafid terus mendahului senarai keseluruhan dengan 211 mata, 49 mata mengatasi Hadi yang berada di tangga kedua dengan 162 mata.

Dalam senarai Anugerah Berpasukan Keseluruhan, pasukan Yamaha CKJ TJM Racing terus mendahului kedudukan dengan memungut 218 mata, PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM ketiga dengan 147 mata dan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing keempat dengan 106 mata.

Pusingan terakhir Kejuaraan akan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar  pada 15 hingga 17 Disember. Maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Kejuaraan, www.arrc.com.my ataupun melayari laman Facebook di www.facebook.com/AsiaRoadRacing

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment