jokisenja header

jokisenja header


Monday, October 17, 2011

Lorenzo terlepas aksi GP M'sia


Jorge Lorenzo berjalan menuju mendapatkan rawatan selepas terjatuh daripada jentera Yamaha yang ditunggangnya semasa GP Australia di Phillip Island pada 16 Oktober 2011.

AUSTRALIA - Juara musim lalu, Jorge Lorenzo sah akan terlepas aksi menjelang perlumbaan Grand prix Sepang selepas penunggang Sepanyol tersebut mengalami kecederaan di jari tangan kirinya di Australia.
Pengumuman Lorenzo menarik diri daripada perlumbaan di Sepang diumumkan oleh pasukannya Yamaha sebaik sahaja berjaya pembedahan di Melbourne.
"Pembedahan ke atas jari Jorge Lorenzo telah berjaya dan tiada sebarang kecederaan serius dialami.
"Namun, proses pemulihan akan memakan sedikit masa yang panjang dan hal ini memaksa Lorenzo untuk menarik diri daripada perlumbaan di Sepang nanti," demikian kenyataan yang dikeluarkan pasukan Yamaha sebaik selesai pembedahan.
Penunggang Sepanyol tersebut cedera serius di jarinya selepas terjatuh semasa sesi pemanas badan di Phillip Island sekaligus memberi laluan mudah buat wakil Honda Repsol, Casey Stoner muncul juara di Australia serta merampas gelaran juara dunia daripada Lorenzo.
Dengan baki dua pusingan lagi, ia tampak mustahil buat Lorenzo untuk mengulangi pencapaian musim lalu.

No comments:

Post a Comment