jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, October 11, 2011

ARRC: SAAT GENTING BUAT AZLAN



Menghadapi perlumbaan hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS, Azlan Shah Kamaruzaman dari Boon Siew Honda Racing menghadapi saat genting bagi meneruskan usahanya untuk merebut gelaran juara keseluruhan kategori SuperSports 600cc.


Pada ketika ini pelumba Boon Siew Honda Racing Malaysia berada di tangga kedua keseluruhan dengan 114 mata, 32.5 mata ketinggalan kepada pendahulu Kejuaraan, Katsuaki Fujiwara yang mengumpul 146.5 mata. Bagi terus menghidupkan peluang, Azlan tidak boleh membiarkan Fujiwara melebarkan jurang perbezaan kepada 50 mata. Oleh itu, Azlan perlu mendapatkan seberapa banyak mata di Zhuhai.

Sementara itu, Mohd Zamri Baba dari PETRONAS Yamaha Malaysia dan Hafizh Syahrin Abdullah dari PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline menduduki tangga keempat dan ketujuh keseluruhan dengan 75 dan 63 mata. Kedua-dua pelumba ini masih berpeluang untuk mengejar kedudukan ketiga keseluruhan yang kini di huni oleh Decha Kraisart (Yamaha Thailand Racing) memandangkan jurang mata diantara mereka begitu kecil apabila pelumba Thailand itu sekadar memungut 82.5 mata.

Ahmad Fuad Baharudin dari Bike A.R.T. Kawasaki Racing di kedudukan ke-10 keseluruhan dengan 41.5 mata manakala rakan sepasukan Azlan, Mohd Emir Firdaus Hasan di tangga ke-17 dengan 19 mata. Pendatang baru, Mohd Hafieenaz Mohd Ali di tangga ke-29 dengan 1 mata.

Selain itu, pelumba 16 tahun, Mohd Zaqhwan Zaidi akan mengambil bahagian dalam kategori SuperSports 600cc bermula pusingan ini dan seterusnya membawa cabaran pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia.

Peminat-peminat di Malaysia boleh menyaksikan Perlumbaan 2 secara langsung di Astro SuperSports pada Ahad ini bermula jam 2.30 petang. Maklumat lanjut, lawati laman web rasmi Kejuaraan, www.arrc.com.my dan juga menyertai laman Facebook di www.facebook.com/AsiaRoadRacing

Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd


No comments:

Post a Comment