jokisenja header

jokisenja header

Saturday, October 8, 2011

Zamri azam baiki aksi di Sepang



Mohd Zambri Baba semasa ditemui para wartawan pada sidang akhbar pengumuman penunggang 'Wildcard' bagi Kategori Moto2 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang 20 Oktober 2010.

Wakil wildcard Moto2 negara, Mohd Zamri Baba berazam untuk memperbaiki keputusan yang diperolehnya tahun lalu selepas terpilih buat kali kedua untuk berlumba pada GP Sepang dari 21 hingga 23 Oktober ini.
Penunggang berusia 28 tahun tersebut layak menunggang atas tiket wildcard selepas dipilih panel juri yang terdiri daripada Moriwaki Engineering, Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd dan juga bekas pelumba MotoGP Malaysia, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini mengumumkan keputusan mereka semalam.
Pada edisi tahun lalu, Zamri berhadapan kesukaran semasa sesi kelayakan selepas terlibat dalam kemalangan namun bangkit pada perlumbaan sebenar untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-22 dari 39 penunggang keseluruhan.
"Sebenarnya kali ini saya berasa lebih tertekan berbanding pada tahun lepas memandangkan pada tahun lepas saya berjaya mencatat keputusan yang begitu memuaskan. Jadi pada tahun ini sudah tentu orang akan menilai prestasi saya.
"Walau bagaimanapun, saya akan mencuba sebaik mungkin dan tidak akan mensia-siakan peluang kali kedua yang saya perolehi," kata Zamri.
Sebelum ini, Zamri beraksi bersama pasukan PETRONAS Yamaha Malaysia di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS dan pada edisi kali ini dia akan diberi kepercayaan untuk mengendalikan jentera baru MD2011.

No comments:

Post a Comment