jokisenja header

jokisenja header


Friday, October 7, 2011

Azlan kecewa laporan media


PELUMBA Boon Siew Honda Malaysia Racing, Azlan Shah Kamaruzaman kecewa berhubung kenyataan media yang disiarkan di beberapa akhbar, televisyen dan radio tempatan, kelmarin.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya ataupun pihak Boon Siew Honda Malaysia Racing tidak pernah membenarkan mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan akhbar tersebut ataupun dihubungi oleh mana-mana wakil media sepertimana dakwaan yang dikeluarkan.

“Peristiwa ini telah mencemarkan nama dan reputasi saya sebagai pelumba profesional.

“Sehubungan dengan itu juga, pasukan saya menganggap ini merupakan satu perkara yang serius dan kami akan turut membuat laporan polis memandangkan ia boleh menjejaskan masa depan saya dengan pasukan dan juga penaja,” katanya.

Menerusi kenyataan tersebut, Azlan turut merayu kepada semua media di negara ini agar membantu membersihkan namanya semula.

Kelmarin, media melaporkan, Azlan yang gagal mendapat tiket wildcard Moto2 ke Grand Prix Motosikal (MotoGP) di Litar Antrabangsa Sepang pada 21 hingga 23 Oktober ini, mengakui kecewa dan terkejut de-ngan keputusan itu dan beranggapan kehadirannya dalam sesi ujian tersebut hanya sia-sia.

Beliau turut menyifatkan terdapat unsur ‘pilih kasih’ dalam pemilihan berkenaan.

No comments:

Post a Comment