jokisenja header

jokisenja header


Monday, October 17, 2011

Stoner dinobat juara dunia 2011


Casey Stoner meraikan kejayaannya muncul juara di Grand Prix Australia sekaligus merangkul gelaran juara GP Motor Dunia musim 2011 di litar Phillip Island pada 16 Oktober 2011.

AUSTRALIA - Casey Stoner dinobat juara GP Motor Dunia musim 2011 selepas penunggang berasal dari Australia tersebut melengkapkan kemenangannya  dihadapan penyokong sendiri di litar Phillip Island.
Penunggang Honda tersebut yang hanya perlu menamatkan saingan di kedudukan enam teratas untuk ditabal juara tidak mengambil mudah sepanjang perlumbaan  sebaliknya memberikan aksi terbaik dihadapan penyokong sendiri.
Kejayaan manis manis dikecapi Stoner tersebut diraih tanpa sebarang menerima sebarang cabaran daripada lawan lain, malahan ketiadaan Jorge Lorenzo yang  menarik diri kerana tercedera memudahkan lagi misinya merangkul kejuaraan dunia.
Naib juara perlumbaan pusingan di GP Australia menjadi milik rakan pengeluar sama iaitu Marco Simoncelli yang menamatkan saingan 2.21 saat dibelakang Stoner  dan disusuli kemudiaan rakan sepasukan Andrea Dovizioso.
"Terima kasih kepada pasukan saya dan juga kepada semua," kata Stoner sebaik tamat perlumbaan.
"Kemenangan ini sangat istimewa kerana hari ini merupakan hari lahir saya, kemenangan kelima saya berturut-turut dan muncul juara di hadapan penyokong  sendiri."
Kejayaan Stoner dinobat juara pada musim ini merupakan gelaran yang kedua sepanjang kariernya berlumba dalam GP Motor Dunia selepas meraih kali pertama  bersama pasukan Ducati pada tahun 2007.
Stoner berhijrah daripada Ducati menyertai pasukan Repsol Honda Racing pada 2011.

No comments:

Post a Comment