jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, October 4, 2011

Farid iringi Fahmi dalam MotoGP 2011


Muhammad Zulfahmi Khairuddin melakukan pencapaian terbaik dalam acara 125cc pada kejuaraan MotoGP Dunia apabila menduduki tempat kesembilan di GP Republik Czech.

Kehadiran penunggang Malaysia, Mohd Farid Badrul Hisham menerusi tiket wildcard dalam kategori 125 cc bersama Muhammad Zulfahmi  Khairuddin bakal melakar lembaran baru sukan permotoran negara dalam kejohanan MotoGP Malaysia di Sepang, pada Okt depan.
Muhammad Zulfahmi berkata kehadiran Mohd Farid memberi suntikan semangat kepadanya dan dapat membantu meringankan beban serta tekanan yang dihadapinya dalam  membawa cabaran Malaysia.
"Mohd Farid adalah penunggang yang bagus dan pengumuman Mohd Farid sebagai penunggang wildcard tahun ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan," katanya dalam  satu kenyataan, di sini hari ini.
Muhammad Zulfahmi merupakan pencabar tunggal Malaysia dalam kategori 125 cc sepanjang dua tahun lepas.
Kejohanan MotoGP Malaysia akan berlangsung di Litar Sepang dari 21 hingga 23 Okt.
Penunggang kelahiran Banting itu yang menduduki tempat ke-17 keseluruhan menyasarkan untuk mengutip mata di gelanggang sendiri dan menamatkan kemarau mata  dalam perlumbaan di Motegi hujung minggu ini.
 
Muhammad Zulfahmi berkata: "Saya berharap dapat mengutip mata di Motegi kerana tiga perlumbaan sebelum ini iaitu di Indianapolis (Amerika), San Marino  (Itali) dan Aragorn (Sepanyol) begitu mengecewakan apabila mengalami masalah mekanikal yang menjejaskan persembahan saya," katanya.
Peminat dunia permotoran yang berminat untuk menyaksikan perlumbaan itu boleh mendapatkan tiket semurah RM15 sehari sementara tiket tempat duduk Grandstand  Utama dijual pada harga RM120, manakala bagi Granstand F untuk dua hari, masing-masing berharga RM70 dan RM50.

No comments:

Post a Comment