jokisenja header

jokisenja header


Sunday, October 23, 2011

Repsol Honda kuasai sesi latihan di Sepang


Sabtu, 22 Oktober 2011 
Source: Bernama


Segalanya berjalan dengan baik buat Dani Pedrosa di Sepang dalam sesi latihan bebas. 

SEPANG - Barisan pelumba Repsol Honda yang diketuai oleh pelumba Sepanyol Dani Pedrosa mendominasi hari pertama sesi latihan pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia.

"Hari ini kami menunggang dengan agak pantas dan konsisten walaupun trek tidak begitu bersih. Kami melakukan terbaik pada kedua-dua sesi latihan.

"Bagaimanapun, saya mahu memperbaiki sedikit dalam bahagian casis jentera supaya lebih selesa dan memilih tayar yang sesuai," kata Pedrosa yang berusia 26 tahun.

Katanya pasukannya akan memastikan kesesuaian jentera mereka dapat dikekalkan bagi sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang esok bagi menebus kekecewaan mereka pada GP Australia minggu lepas.

Dalam pada itu, juara dunia MotoGP musim ini, Casey Stoner menamatkan sesi latihan dengan muncul sebagai pelumba kedua terpantas diikuti oleh Andrea Dovizioso.

Stoner berkata semua perancangan pada sesi latihan berjalan lancar dengan ujian tayar serta catatan masa yang diperolehi.

Sementara itu, juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi dari pasukan Ducati terus menghadapi masalah menyesuaikan jentera GP11.1.

"Katanya keadaan litar adalah amat berbeza kali ini dengan jalan yang licin berbanding semasa mereka melakukan sesi ujian sebelum ini.

"Kami melakukan perubahan sedikit pada sistem suspensi belakang yang dapat membantu kesesuaian jentera tetapi ia tidak cukup untuk melakukan catatan masa yang baik.

"Saya betul-betul harap dapat menggunakan tayar keras kerana ia merupakan pilihan terbaik untuk perlumbaan di sini," katanya.

No comments:

Post a Comment