jokisenja header

jokisenja header


Friday, July 1, 2011

Simoncelli terpantas sesi latihan GP Itali



Aksi penunggang MotoGP Marco Simoncelli semasa sesi kelayakan GP Catalunya yang berlangsung pada 4 Jun 2011 di litar Montmelo.

Penunggang Itali Marco Simoncelli membuka tirai perlumbaan di GP Itali dengan catatan terpantas semasa sesi latihan pertama yang berlangsung hari ini di litar Mugello.
Simoncelli mencatat masa 1 minit 48.987 saat untuk berada di hadapan pasangan Repsol Honda Racing, Casey Stoner dan Andrea Dovizioso.
Turut kembali turun pada pusingan kali ini ialah Dani Pedrosa yang sudah sembuh dari kecederaan serta menduduki kedudukan ketujuh.
Juara dunia dari pasukan Yamaha Factory Racing pula sekadar muncul penunggang keempat terpantas.
Nasib kurang menyebelahi lagedan GP Motor Dunia, Valentino Rossi setelah jenteranya mengalami kerosakan mekanikal sekaligus menghalangnya meneruskan sesi latihan pada hari ini.
Bagi kategori 125cc pula, penunggang negara Md Zulfahmi Khairuddin juga mempamerkan corak tunggangan positif semasa sesi latihan apabila menamatkan sesi latihan di kedudukan ke-19 terpantas serta memperbaiki catatan musim lalu.
Pusingan GP Itali akan berlangsung hujung minggu ini di litar Mugello.

No comments:

Post a Comment