jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, July 12, 2011

TIMEKEEPING

Dalam sesebuah perlumbaan tidak kira sama ada yang bertaraf antarabangsa mahupun peringkat nasional, setiap saat amat dititikberatkan.

Ketika Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula pada tahun 1994, kerja-kerja mencatat masa para pelumba dilakukan secara manual menggunakan jam pengira masa (stop-watch), pen, kertas serta tenaga kerja yang ramai. 

Pada peringkat awal kaedah ini berjalan dengan baik dan lancar namun apabila jumlah peserta makin meningkat setiap tahun, hampir mustahil untuk terus menggunakan cara ini.

Hanya pada tahun 1999 promoter Kejuaraan Cub Prix, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) beralih menggunakan sistem pengiraan masa berkomputer AMB, antara yang terbaik di dunia. Melalui penggunaan teknologi ini, keputusan bukan sahaja dapat direkodkan dengan lebih cepat tetapi juga dapat memperolehi 'lap chart' serta 'lap-by-lap analysis'.

Sistem baru ini memberikan lebih banyak maklumat dan ini amat berguna terutamanya buat para pelumba dan pasukan untuk mengkaji dan mengenalpasti  pelarasan yang diperlukan untuk jentera.

Walaupun sistem ini jelas berkesan dan efektif, ini tidak bermaksud petugas-petugas penjaga masa semakin mudah. Sebaliknya mereka tetap perlu memberi sepenuh perhatian ketika perlumbaan dijalankan kerana terdapat kemungkinan alatan-alatan yang digunakan akan rosak atau gagal untuk berfungsi. 

Mari kita lihat alatan-alatan timekeeping dengan lebih dekat:

Transponder
Transponder merupakan alat yang berfungsi untuk menghantar signal kepada Detection Loop. Alat ini berfungsi untuk mengesan kedudukan dan merekodkan catatan masa yang tepat setiap kali para pelumba melintasi Detection Loop. Selalunya transponder akan dipasang pada bahagian belakang motosikal dan didatangkan dengan pelbagai model dengan kuasa di anatasa 12v hingga ke 30v.

Detection Loop
Alat ini bertindak sebagai penerima isyarat transponder. Loop utama selalunya akan di pasang di garisan mula/tamat setiap perlumbaan manakala Ioop sektor diletakkan di pelbagai bahagian trek.

Decoder
Decoder merupakan alatan yang amat penting. Alat ini berhubung dengan detection loop dan akan menukarkan isyarat yang diterima dari transponder mengikut nombor setiap pelumba dan catatan masa yang dilakukan sewaktu pelumba melintasi garisan mula/tamat.

Software
Di Cub Prix, penjaga masa menggunakan sistem Mylaps Orbit 4 untuk menghasilkan keputusan perlumbaan. Melalui perisian ini, penjaga masa akan mengemaskini segala maklumat pelumba, info litarserta mendaftarkan seriap transponder, merekodkan masa perlumbaan, memproses dan mengedarkan keputusan.

Photocell
Photocell merupakan sejenis kamera infra merah yang akan dapat mengesan setiap objek yang melintasnya. Photocell bertindak sebagai sistem pengganti jika berlaku masalah terhadap transponder yang dipasang pada jentera. Penjaga masa pula perlu mengenal pasti pelumba yang tidak mempunyai transponder dan photocell akan digunakan untuk merekodkan catatan masa mereka.

Tugas dan tanggungjawab pasukan Timekeeping
Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS merupakan antara pengguna terawal sistem catatan masa berkomputer di Malaysia, sebuah sistem yang turut digunakan dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa seperti Formula Satu dan MotoGP.

Pada setiap pusingan, selalunya keputusan akan diproses dalam tempoh lima minit selepas bendera penamat dikibarkan. Sistem ini bukan sahaja dapat mengetahui keputusan akhir serta saringan malah catatan masa setiap pelumba berdasarkan setiap lap juga dapat dikenal pasti.

Pasukan ini selalunya mempunyai empat atau lima ahli di mana setiap seorang daripada mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab berbeza. Kumpulan ini akan diketuai Ketua Penjaga Masa diikuti kru transponder dan para pembantu.

Ketua Penjaga Masa
1.Memasang setiap alatan di lokasi yang ditetapkan.
2.Menyiapkan template di dalam Mylaps Orbit 4 dengan mengemaskinikan setiap data litar, pelumba dan nombor transponder, merekodkan masa dan memproses keputusan perlumbaan dalam masa singkat.
3.Membahagikan dan mendaftarkan setiap transponder kepada pelumba-pelumba
4.Memerhatikan setiap jentera yang berada di atas litar ketika melintasi detection loop sebagai langkah berjaga-jaga andainya berlaku sebarang masalah ketika perlumbaan berlangsung.
5.Tamatnya sesebuah perlumbaan, ketua penjaga masa akan mengisukan keputusan dan menyerahkannya kepada Clerk of the Course (COC) untuk pengesahan.
6.Mengemaskini kedudukan mata keseluruhan pelumba serta pasukan.
7.Ketua Penjaga Masa akan berada di pusat kawalan perlumbaan (Ops Truck) yang terletak selari dengan garisan mula/tamat.

Kru Transponder
1.Selalunya terdiri dari dua atau tiga orang. Kru transponder akan berada di zon menunggu di mana para pelumba akan berkumpul sebelum keluar ke trek.
2.Tugas mereka adalah untuk memasang transponder pada setiap motosikal mengikut sususan yang telah ditetapkan oleh Ketua Penjaga Masa.
3.Sebelum dipasang, mereka akan menguji transponder tersebut dan memeriksa tempoh masa ia mampu berfungsi.
4.Kru transponder akan memastikan setiap transponder ditanggalkan sebaik perlumbaan tamat.

Pembantu
1.Tugas pembantu adalah untuk mengedarkan keputusan dan mendapatkan pengesahan COC
2.Selepas keputusan disahkan, pembantu akan membuat salinan untuk diedarkan di paddock dan juga pusat media bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya.


Issued by Global PR Sdn Bhd
Copyright to Safe Aim Mutual Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment