jokisenja header

jokisenja header


Sunday, July 3, 2011

Casey Stoner raih petak pertama di GP Itali



Pelumba Australia yang menunggang Repsol Honda , Casey Stoner menunjukkan isyarat bagus selepas perlumbaan kelayakan MotoGP di Grand Prix Itali di Litar Mugello trek pada 2 Julai, 2011. Stoner meraih petak pertama, mendahului pelumba Amerika Syarikat, Ben Spies (Yamaha) dan pelumba Itali, Marco Simoncelli (Honda).

ITALY- Pelumba Australia Casey Stoner akan bermula di petak pertama dalam perlumbaan MotoGP Itali selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan di litar Mugello.
Pelumba Repsol Honda itu mencatat masa terpantas 1 minit 48.034 saat , mendahului setengah saat pelumba Amerika Syarikat yang menunggang Yamaha, Ben Spies dengan dikuti pelumba Itali, Marco Simoncelli (Honda).
"Kami telah membuat satu perubahan pada motosikal pagi ini dan ia benar-benar berfungsi," kata Stoner.
Sementara itu, Spies menjelaskan beliau terlalu yakin dalam perlawanan sebenar Ahad ini.
"Saya tahu Semua orang menjangkakan sesuatu dalam perlumbaan saya nanti, saya benar-benar berhasrat untuk menamatkan saingan di podium." katanya.

No comments:

Post a Comment