jokisenja header

jokisenja header

Monday, July 18, 2011

Kejayaan manis Pedrosa selepas dua bulan tersisih


Pelumba Sepanyol Dani Pedrosa dari pasukan Repsol-Honda menjulang trofi meraikan kemenangan GP Jerman di litar Sachsenring pada 17 Julai 2011.

Dani Pedrosa yang baru sembuh daripada kecederaan tulang selangka yang menimpanya dua bulan lalu untuk menawan Grand Prix Jerman dengan mengalahkan Jorge Lorenzo dan Casey Stoner.
Penunggang Honda dari Sepanyol itu memulakan perlumbaan di petak ketiga berjaya merampas kedudukan depan dengan memintas Stoner dan Lorenzo ketika memasuki selekoh pertama.
Mereka saling bertukar posisi, namun Pedrosa yang pernah memenangi litar ini sebanyak empat kali termasuk dua daripada kelas top, menggunakan pengalamannya untuk memimpin perlumbaan sejak pusingan ke-25.
Pedrosa, 25, mencatat masa 41mint 12.482 saat itu memastikan kemenangan pertamanya sejak ditimpa kecederaan di Le Mans.
Selepas terlepas tiga perlumbaan, Pedrosa tidak memiliki peluang untuk menggugat kedudukan Stoner sebagai juara dunia namun Lorenzo yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua terus menghidupkan peluangnya dalam kedudukan dunia dengan ketinggalan 16 mata di belakang Stoner.
Saingan selepas ini akan beralih ke Amerika Syarikat minggu depan yang bakal berlangsung di Laguna Seca.

No comments:

Post a Comment