jokisenja header

jokisenja header


Friday, December 3, 2010

SELEBRITI GEMPARKAN PADANG KOTA LAMA


Selain daripada aksi hebat para pelumba, beberapa selebriti seperti pemenang Akademi Fantasia 5, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenali sebagai Dafi dan pemain bola sepak negara, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak akan turut hadir pada Pusingan 10 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS hujung minggu ini.

Selebriti-selebriti ini akan membuat kemunculan di kawasan promosi Cub Prix pada hari Ahad (5 Disember) di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Dafi akan berada di booth SG Men manakala Zaquan Adha dan Aidil Zafuan boleh ditemui di booth Gelanggang 801.

Selain daripada itu, pengunjung-pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik. Antara aktiviti yang disediakan di kawasan promosi Kejuaraan Cub Prix adalah seperti kuiz, pertandingan, pandu-uji motosikal dan juga karaoke.

Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) selaku promoter Kejuaraan Cub Prix memberikan komen, "Perlumbaan hujung minggu ini di Padang Kota Lama bukan sahaja untuk peminat sukan permotoran sebaliknya ia sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat. Tidak dapat dinafikan, perlumbaan hujung minggu ini pasti menarik dengan tiga pelumba Norizman Ismail, Ahmad Fazli Sham dan Hafizh Syahrin Abdullah akan bermati-matian untuk bergelar juara, tetapi kawasan promosi Cub Prix tidak kurang hebatnya di mana pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti sesuai untuk seisi keluarga," jelas Ron.

Ron turut menambah, "Di kawasan ini terdapat booth-booth PETRONAS, Honda, Suzuki, Yamaha, Racing Boy, Faito, Uma Racing, MotodotMania, X-Dot, Maxxis, SSS, Excel Racing, Kappa, Samurai, Alla Fonte, Harian Metro, Gelanggang 801 dan SG Men yang pasti menarik. Selain itu, terdapat juga aktiviti untuk kanak-kanak serta orang dewasa. Pelbagai barangan juga dijual pada harga yang menarik, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kami pada hari Sabtu dan Ahad ini," ujar Ron.

No comments:

Post a Comment