jokisenja header

jokisenja header


Monday, December 6, 2010

Hafizh lakar sejarah, juara termuda




Hafizh Syahrin Abdullah berjaya menjuarai perlumbaan CP130 untuk muncul juara termuda dalam sejarah Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

KUALA LUMPUR,- Pelumba Hafizh Syahrin Abdullah, 16, muncul juara termuda Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas selepas memenangi kelas CP130 pada saingan akhir di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, semalam.
Hafizh yang sebelum ini berada di kedudukan ketiga dengan 144 mata bangkit memberikan tentangan hebat sehingga berjaya memenangi ketiga-tiga saingan selepas pusingan 8, di Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang, Oktober lalu.
Ia memberi tambahan 25 mata untuk menjadikan Penunggang Petronas Sprinta Yamaha Raceline itu mengutip keseluruhan 169 mata untuk musim ini.
Dalam pusingan 10, semalam, dia bermula dari petak pertama catatan 12:03.848, diikuti Md Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) yang muncul naib juara dengan ketinggalan 2.962s manakala Norizman, ketiga dengan perbezaan 3.811s.
Naib juara menjadi milik Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) dengan mata terkumpul 162, manakala Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju Motor), ketiga, 158.
KEPUTUSAN PUSINGAN 10:
CP1301 Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) 12:03.848s
2 Mohd Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) 12:06.810s
3 Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) 12:07.659s
CP1151 Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) 9:50.633s
2 Mohd Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang) 9:53.334s
3 Mohd Rozaliman Zakaria (ZAR & HTM Motorsports) 9:59.973s
Wira
1 Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Yamaha YY Pang) 8:29.864s
2 Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 8:30.118s
3 Ahmad Afif Amran (Modenas FortyOne Racing) 8:30.234s
KEDUDUKAN KESELURUHAN
CP130
1 Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) 169 mata
2 Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) 162
3 Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) 158
4 Mohd Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) 147
5 Azlan Shah Kamaruzaman (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) 102
Anugerah Pasukan CP1301 PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline 271 mata
2 PETRONAS Sprinta Yamaha AHM 247
3 Harian Metro SCK Honda Racing 219
CP115
1 Mohd Ramdan Mohd Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) 187
2 Mohd Rozaiman Mohd Said (Motul Yamaha YY Pang) 160
3 Mohd Iskandar Raduan (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline) 129
Wira1 Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 186
2 Mohd Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang) 158
3 Mohd Syawalludin Mohd Zaki (Modenas Forty One Racing)



No comments:

Post a Comment