jokisenja header

jokisenja header


Tuesday, December 21, 2010

AZLAN MUNCUL PELUMBA KEEMPAT TERPANTAS DI LOSAIL





Pelumba CP130, Azlan Shah Kamaruzaman memulakan kempen SuperSports 600cc dengan langkah kanan apabila dia muncul pelumba keempat terpantas pada sesi kelayakan Kejuaraan Lumba Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Losail, Qatar semalam.

Wakil pasukan PETRONAS Yamaha Malaysia itu mencatatkan 2:11.779s selepas terbabit dengan insiden pada lap kedua sementara Chalermpol Polamai dari Thailand mendominasi sesi kelayakan dengan 2:10.566s diikuti Decha Kraisat 2:10.684s dan Tatsuya Yamaguchi di tempat ketiga dengan 2:11.225s.

Rakan sepasukan, Mohd Zamri Baba dan Ahmad Fuad Baharudin pula mencatat 2:12.066s dan 2:14.086s di tempat keenam dan ke-15 masing-masing. Rookie, Hafizh Syahrin juga mempamerkan aksi cemerlang muncul di tangga ke-12 dengan 2:13.949s.

Dalam pada itu, Mohd Ramdan Mohd Rosli muncul pelumba terpantas di dalam sesi kelayakan Underbone 115cc. Pelumba berusia 14 tahun itu mencatatkan masa 2:41.565s diikuti Gilang Pranata Sukma di tempat kedua dengan 2:42.313s dan Hadi Wijaya di tempat ketiga dengan 2:42.417s.

No comments:

Post a Comment