jokisenja header

jokisenja header


Friday, December 3, 2010

Hafizh diingatkan agar tidak buat silap




Hafizh berharap dapat memberi tumpuan sepenuhnya bukan sahaja bagi mencari mahkota CP130 tetapi gelaran pasukan terbaik 2010.

KUALA LUMPUR - Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Raceline Hafizh Syahrin Abdullah diingatkan agar berhati-hati dan tidak melakukan sebarang kesilapan dalam perlumbaan terakhir siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2010 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang hujung minggu ini.
Perkara itu diingatkan sendiri oleh pengurus pasukan pasukan itu, Barry Leong, kerana saingan tersebut dijangka sengit dan setiap pelumba pasti akan bermati-matian untuk menamatkan perlumbaan terakhir musim ini di dalam kedudukan terbaik.
Barry berharap Hafizh mengekalkan fokusnya yang terbaik bukan sahaja mencari mahkota CP130 tetapi gelaran pasukan terbaik 2010.
Ketika ini, Hafizh berada di tempat ketiga carta keseluruhan dengan 144 mata, ketinggalan dua mata kepada pendahulu, Norizman Ismail (Harian Metro SCK Honda Racing) dengan 146 mata dan satu mata daripada Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) yang berada di tangga kedua dengan 145 mata.
Sementara itu, PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline yang diwakili Hafizh dan Azlan Shah Kamaruzaman menerajui carta Anugerah Berpasukan CP130 dengan 236 mata, diikuti PETRONAS Sprinta Yamaha AHM Racing (227 mata) dan Shell Advance Yamaha Maju di tempat ketiga (195 mata).


No comments:

Post a Comment