jokisenja header

jokisenja header

Tuesday, December 21, 2010

Azlan, Ramdan gagal menyerlah di Qatar



Azlan Shah Kamaruzaman (nombor 25) kini menduduki tempat ketiga keseluruhan kelas Supersports 600cc

QATAR,Dua penunggang negara Azlan Shah Kamaruzaman dan Ramdan Mohd Rosli yang mempamerkan aksi menyakinkan pada sesi kelayakan menamatkan perlumbaan pusingan terakhir kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC) dengan penuh hampa.
Pusingan terakhir kejuaraan ARRC di Litar Losail berakhir pada hari ini.
Lebih malang lagi apabila kedua-dua mereka gagal menamatkan perlumbaan kerana masalah teknikal dan kemalangan pada perlumbaan pertama dan kedua, sekaligus pulang tangan kosong.
Justeru itu, Azlan yang berlumba didalam kategori SuperSports 600cc sekadar menamatkan musim 2010 ditangga ketiga untuk muncul satu-satunya wakil tempatan berada di dalam kelompok tiga penunggang terbaik keseluruhan dengan kutipan 123 mata.
Manakala, Ramdan yang bermula dipetak pertama di Litar Losail sekadar berada di kedudukan kesembilan bagi kategori 115cc Underbone dengan kutipan 58 mata.
Juara keseluruhan musim 2010 bagi kategori 600cc menjadi milik penunggang Thailand, Decha Kraisart manakala Hadi Wijaya pula muncul juara bagi kategori 115cc underbone.
"Ia hari yang menggembirakan dan saya berterima kasih kepada krew PETRONAS Yamaha Thailand, penaja dan mereka yang membantu saya," kata Decha yang sebelum ini meraih gelaran sama pada tahun 2007.

No comments:

Post a Comment