jokisenja header

jokisenja header


Thursday, December 16, 2010

Pengalaman musim 2010 bekalan buat Fahmi



Penunggang SIC-AirAsia, Mohd Zulfahmi Khairuddin (Kanan) bersama rakan sepasukan Sturla Fagerhaug. 

SEPANG, Selepas tampil buat pertama kali di dalam Grand Prix Motor Dunia 2010, penunggang 125cc negara Md Zulfahmi Khairuddin kelihatan lebih yakin dan bersedia bagi menghadapi perlumbaan musim depan.
Fahmi yang menunggang bersama pasukan Sepang International Circuit-AirAsia mencuri tumpuan peminat tempatan selepas berjaya mengutip mata di dalam empat perlumbaan.
"Musim depan pasti lebih baik, itu ramalan saya. Tunggu dan lihat," kata pemuda berasal dari Banting tersebut.
Hasrat untuk memberi suatu yang istimewa buat peminat di Sepang pada Oktober lalu berkubur akibat beberapa masalah teknikal dan cuaca, tetapi Fahmi mahu menjadikannya sebagai pengalaman berguna.
Fahmi berkata, "Saya gagal memberi aksi terbaik di Sepang walaupun pada awalnya saya agak yakin. Ia banyak memberi pengajaran dan saya harus memperbaiki beberapa aspek di dalam perlumbaan."
Di samping itu, dua individu yang bertanggungjawab membawa Fahmi sehingga ke peringkat dunia iaitu Datuk Razlan Razali dan Ron Hogg tetap anak muda berusia 18 tahun tersebut mampu melangkah lebih jauh.
Fahmi akan turun kembali pada sesi pemanas badan pada Februari nanti di Jerez dan Valencia.

No comments:

Post a Comment