jokisenja header

jokisenja header


Saturday, December 11, 2010

Ramdan berkeyakinan tinggi

SELEPAS puas membawa pulang mahkota juara kategori keseluruhan CP115 siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2010, Mohd Ramd:an Mohd Rosli berada dalam nada optimis untuk tampil buat kali kedua pada perlumbaan Piala Yamaha Asean 2010 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 11 dan 12 Disember ini. 

Pelumba muda berusia 14 tahun memperagakan persembahan jauh lebih matang dalam setiap persembahannya dan dia juga turut membuktikan krebilitinya samada pada saingan peringkat tempatan mahupun di pentas antarabangsa. 

Di peringkat tempatan, dia memegang rekod selaku pelumba termuda memenangi siri kejuaraan bagi perlumbaan terbuka sementara dalam penampilan sulung Kejuaraan Motosikal Asia Petronas musim ini, Ramdan menampilkan impak besar selepas berjaya menduduki podium sebanyak dua kali. 

Atas kejayaan dikecapi ketika ini, Ramdan memiliki ramuan terbaik mengetuai senarai pelumba Malaysia kategori Novis bersama Mohd Adib Rosley, Mohd Azhar Abdul Jalil, Mohd Rozaliman Zakaria dan Tengku Amirul Haffiruddin untuk mencapai keputusan positif di Melaka. 

Ramdan yang gagal menamatkan perlumbaan 1 dan 2 ketika temasya ini berlangsung di Indonesia tahun lepas berkata untuk saingan kali ini dia sudah bersedia untuk mencipta kejutan dan membantu kem Malaysia. 

“Musim lepas, merupakan penampilan pertama dan pengalaman sulungnya bersaing dengan pelumba di rantau ini seperti dari Indonesia, Thailand dan Filipina dan saya sebenarnya belum memahami bentuk cabaran yang dilemparkan pelumba luar. 

“Namun, selepas pembabitan dan pengalaman sepanjang siri Kejuaraan Motosikal Asia Petronas musim ini, kini saya lebih bersedia merobek ego dan memberi cabaran hebat terhadap pelumba luar,” katanya.

Ditanya mengenai sasarannya menjelang perlumbaan hujung minggu ini, Ramdan optimis dan berkata beliau mahu menamatkan saingan di atas podium dalam kedua-dua perlumbaan. 

“Malah, medan di Stadium Hang Jebat menyaksikan saya menang perlumbaan CP115 dan saya harap tuah sekali lagi mengatasi pencabar saya. 

“Selain itu, saya harap rakan sepasukan lain turut cemerlang dalam misi ini. Adib dan Tengku Amirul juga memiliki rekod baik di trek Melaka ini dengan kedua-duanya memenangi saingan dalam kelas Wira dan Cabaran Yamaha 135LC di sini. 

“Bukan sahaja itu tetapi kami perlu bertindak dalam satu unit dan berkerjasama antara satu sama lain untuk mengumpul seberapa banyak mata dalam dua perlumbaan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment